Harian Metro

Faizal sempat beli jersi baru

-

Tawau: Pemain futsal Sabah, Faizal Alli, 41, yang disambar petir ketika menyertai Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) di Kuala Lumpur minggu lalu sempat membeli baju jersi baru untuk rakan sepasukann­ya.

Menurut abang mangsa, Jeffry Alli, 50, jersi baru itu untuk digunakan ketika latihan bersama rakan sepasukan Futsal Sri Aman di Tawau.

Jeffry berkata, sebelum menyertai kejohanan futsal itu, Faizal kerap memaklumka­n perasaan teruja untuk ke Kuala Lumpur walaupun ia bukan kali pertama mewakili Sabah.

Katanya, kali terakhir dia bertemu Faizal yang juga anak ke-10 daripada 11 beradik pada dua minggu lalu ketika dia menyertai perlawanan bola sepak persahabat­an di daerah Tawau.

“Ketika di Bukit Jalil (menyertai LiSUS), arwah dikatakan banyak berbelanja dan membeli hadiah untuk isteri dan anak-anak.

“Selain itu, dia kerap berkongsi dan menghantar gambar swafoto ketika berada di sana (Kuala Lumpur), padahal itu bukan perangai dia,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Tawau ketika menunggu ketibaan jenazah adiknya, semalam.

Faizal yang meninggalk­an isteri serta tiga anak, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di Kuala Lumpur, 11.02 pagi kelmarin selepas lima hari tidak sedarkan diri akibat dipanah petir.

Jenazah dijangka dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merotai Besar dekat Tawau, hari ini.

Sementara itu, rakan sepasukan, Abdul Wahid Habib Abdullah, 25, yang turut cedera dalam insiden itu berkata, dia tidak menyangka kejadian pantas itu meragut nyawa rakannya.

 ??  ?? JENAZAH Faizal tiba di Lapangan Terbang Tawau untuk dikebumika­n di Kampung Merotai Besar.
JENAZAH Faizal tiba di Lapangan Terbang Tawau untuk dikebumika­n di Kampung Merotai Besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia