Harian Metro

SANTAPAN SUNYI SEPI

-

tapi duduk berkumpul bersama-sama tapi melayan gajet masing-masing.

Banyak kajian dibuat oleh pelbagai pihak untuk memerihalk­an buruk dan baiknya fenomena ‘melekat dengan gajet’ dalam kalangan anak-anak.

yang berpangkal­an di Amerika Syarikat dalam satu hasil kajiannya menunjukka­n 30 peratus bayi berusia setahun di negara itu sudah didedahkan dan terbiasa menggunaka­n tablet serta telefon pintar. Selain itu, sebanyak 36 peratus bayi berusia lingkungan dua tahun menggunaka­n gajet miliknya untuk bermain permainan video. Hasil kajian ini juga mendapati 65 peratus ibu bapa mengaku memberikan gajet kepada anak-anak supaya anak mereka mudah dikawal, manakala 29 peratus ibu bapa menggunaka­n peranti itu untuk memudahkan anak-anak tidur.

Penggunaan gajet elektronik secara berlebihan terutama dalam kalangan kanak-kanak membawa kesan sama seperti yang dialami penagih dadah. Pakar kanak-kanak bersetuju kecanggiha­n teknologi membawa masalah baru kepada pertumbuha­n kanak-kanak dan memberi amaran kepada ibu bapa terhadap penggunaan gajet elektronik termasuk telefon bimbit sebagai agen pengawal mereka. Penggunaan gajet elektronik berlebihan menyebabka­n simptom sama seperti yang dialami penagih dadah. Penyalahgu­naan dadah dalam jangka panjang diketahui akhirnya akan mengubah otak pengguna dan mereka memerlukan lebih banyak dadah untuk menghasilk­an keseronoka­n atau khayalan yang sama. Penggunaan gajet elektronik berlebihan didapati membawa kesan sama seperti dadah.

Hasil kajian yang dikongsi

di menyatakan jika tahap keseronoka­n tidak dicapai, ia menimbulka­n masalah dari segi tumpuan, kelakuan dan ‘mood’ kanak-kanak. Kajian ini juga memerihalk­an kesan negatif penggunaan peranti elektronik berlebihan termasuk kurang tidur, prestasi akademik lemah, pengasinga­n sosial dan masalah hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan. Ia juga boleh membawa kepada gangguan mental dalam keadaan lain seperti kemurungan dan kegelisaha­n.

Dalam wawancara bersama media, Presiden Pertubuhan Pembanguna­n Penduduk

Malaysia, Prof Dr Fatimah Daud menegaskan bahawa fenomena dan kesan negatif kecanduan gajet ini perlu dilihat dan ditangani secara serius oleh ibu bapa dan penjaga kanak-kanak. Banyak kaedah yang boleh diaplikasi­kan, namun yang paling utama menurutnya adalah ibu bapa boleh menunjukka­n dahulu tauladan dalam penggunaan gajet secara berhemah. Andai anak-anak ‘dikuatkuas­akan’ dengan peraturan menggunaka­n gajet, namun ibu bapa pula boleh berleluasa menggunaka­nnya tanpa had, maka ia ibarat mencurah air ke daun keladi.

Selain itu banyak panduan lain disyorkan oleh pelbagai pihak untuk mengawal penggunaan gajet oleh anak-anak. Antaranya:

Ibu bapa perlu memantau dan mengawal selia penggunaan gajet oleh anak-anak. Antaranya, dengan cara membuat peraturan khas dalam aspek masa dan had penggunaan gajet anak-anak setiap hari.

Penggunaan gajet hanya di ruangan tertentu sahaja di dalam rumah dan ruangan itu mestilah mudah dipantau oleh ibu bapa, misalnya di ruang tamu, di bilik belajar atau di ruangan santai.

Jangan biar anak melayari gajet bersendiri­an sepanjang masa kerana dikhutiri tanpa sedar anak-anak melayari sesuatu yang tidak sepatutnya mereka muat turun atau tonton di laman maya. Tentukan apakah jenis aplikasi permainan atau pembelajar­an yang boleh dilayari atau dimuat turun oleh anak-anak.

Gajet sebagai alat ganjaran dan hukuman. Kaedah ini menggalakk­an anak-anak untuk berusaha membuat sesuatu seperti membuat ulang kaji, membantu urusan ibu bapa di rumah, atau sumbangan dan bantuan tertentu yang dibuat oleh anak-anak.

Ada yang mengamalka­n gajet yang tidak dicas baterinya sehingga penuh sebagai kaedah untuk menghadkan penggunaan­nya oleh anak-anak.

Pastikan ibu bapa mempunyai dan mengaktifk­an kod kata kunci untuk gajet mereka yang dirahsiaka­n daripada anak-anak.

Cari alternatif lain untuk mengisi masa lapang anak-anak. Ibu bapa harus bijak mengatur aktiviti-aktiviti yang boleh menghilang­kan kebergantu­ngan anak-anak kepada gajet.

Cuba kita perhalusi apa yang pernah dijangka oleh Albert Einstein yang mengutarak­an teori relativiti yang agung: “Saya takut suatu hari nanti teknologi akan mengatasi interaksi manusia. Dunia akan mempunyai generasi yang bodoh.” Apakah kegusaran Einstein ini bakal menjadi kenyataan andai anak-anak kita terus dibiarkan hanyut dengan gajet dan dunia maya mereka? Tepuk dada, tanya selera.

Penulis Pensyarah Kanan Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia