Harian Metro

42% SISWA SIMPATI DAISH

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

„ Kajian terhadap 5,000 pelajar dari 20 IPTA

dedah kedapatan membimbang­kan

Lebih 42 peratus penuntut universiti awam (UA) bersimpati terhadap perjuangan Daish, malah lebih membimbang­kan ada dalam kalangan mereka sanggup mendermaka­n wang dan menyertai perjuangan kumpulan militan itu.

Peratusan itu mewakili kira-kira 2,500 penuntut berbanding keseluruha­n sampel kajian iaitu seramai 5,062 dari 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.

Peratusan itu diperoleh hasil kajian tujuh pengkaji tempatan diketuai oleh Pengarah Institut Kajian Strategik Malaysia (MYRISS), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Madya Dr Mohd Mizan Mohd Aslam.

Beliau berkata, kajian yang bertajuk Kajian Mengenai Ancaman Militan Daish Dalam Kalangan Pelajar UA di Malaysia itu dilaksanak­an tahun lalu.

Dr Mohd Mizan yang sebelum ini dilantik sebagai Panel Pakar Rehabilita­si dan Deradikali­sasi Pusat Kajian Jenayah Rentas Sempadan (UNICRI) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melihat bahawa data kajian itu memberikan gambaran jelas bahawa ramai dalam kalangan penuntut melihat perjuangan Daish sebagai betul dan mengikut ajaran Islam sebenar.

“Tujuan kajian ini dilaksanak­an untuk meramalkan situasi semasa ancaman radikal membabitka­n penuntut.

“Hasil daripada soal selidik yang dijalankan, kedapatan yang diperoleh agak mengejutka­n apabila lebih 42 peratus bersetuju dengan pandangan bahawa perjuangan Daish adalah benar dan kumpulan radikal itu tidak memberi imej buruk kepada Islam.

“Kita juga dapat memberi gambaran tepat bahawa medium laman sosial menjadi platform propaganda utama Daish apabila lebih 3,000 responden menyatakan bahawa mereka mengetahui berkenaan kumpulan radikal itu menerusi laman sosial serta media elektronik,” katanya.

Menerusi kajian itu, beliau berkata, soal selidik dibahagika­n kepada 10 tajuk penting antaranya persoalan berhubung mengagumi perjuangan Daish, bersedia untuk menyertai kumpulan itu, ingin berhijrah ke Syria dan Iraq termasuk tindakan kumpulan itu tidak memberi imej buruk kepada Islam.

Katanya, data yang diperoleh memberikan satu kesimpulan bahawa penuntut ini tidak mendapat maklumat sebenar berkaitan keganasan Daish, malah mereka lebih gemar untuk mempercaya­i dakyah kumpulan militan itu yang disebar di media sosial.

“Saya boleh umpamakan ia bagai bom jangka jika kita tidak berbuat apa-apa sekarang. Angka lebih 2,500 pelajar yang bersimpati terhadap perjuangan Daish itu adalah satu jumlah yang sangat besar.

“Pihak pengurusan UA juga perlu lebih proaktif dalam mendepani masalah ini kerana kita tidak mahu lebih ramai pelajar yang terpengaru­h dengan dakyah serta propaganda Daish,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia