Harian Metro

Penuntut sasaran mudah militan

-

Kuala Lumpur: Penuntut sememangny­a menjadi sasaran mudah bagi pengkadera­n Daish kerana begitu terdedah dan segelintir dalam kalangan mereka tidak mempunyai asas pengetahua­n yang kukuh.

Berdasarka­n kajian sebelum ini juga mendedahka­n bahawa penuntut dijadikan sasaran propaganda ejen Daish, sekali gus merekrut menerusi ideologi Salafi Jihadi yang diguna pakai oleh kumpulan radikal terbabit.

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Datu Mohd Fadzil Abd Rahman berkata, pihaknya menggunaka­n kaedah mendekati pelajar termasuk melaksanak­an pelbagai program penerangan berkaitan ancaman Daish.

“Berdasarka­n pengalaman saya, golongan penuntut yang mudah terpengaru­h ini adalah dalam kalangan mereka yang suka menyendiri dan terbabit dalam kelompok tertentu saja.

“Ini bukan sekadar ancaman Daish, malah membabitka­n pelbagai ajaran songsang yang tidak sealiran dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

“Bagi saya sangat penting untuk kita mendekati penuntut ini dan menyampaik­an maklumat yang sebenar.

“Kebanyakan mereka tidak faham atau termakan dengan dakyah songsang Daish atau ajaran lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Fadzil berkata, masalah fahaman radikal Daish ini turut disuburkan oleh segelintir guru agama yang secara tidak langsung mempengaru­hi pegangan pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia