Harian Metro

DARI LUBUK HATI WAN JAMILA

- Kalidevi Mogan Kumarappa cnews@nstp.com.my

„ Remaja autisme luahkan perasaan di atas kanvas lukisan

Kuala Lumpur

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menyampaik­an apa yang terbuku di hati dan bagi remaja autisme, Wan Jamila Wan Shaiful Bahri, 16, perasaan serta memori indah dalam hidupnya dicoret dalam kanvas putih.

Wan Jamila yang lebih selesa berbicara melalui lukisannya dilihat masih tebal dengan sifat pemalu namun sentiasa menguntum senyuman apabila gambarnya melukis dirakam oleh jurugambar.

Disebabkan karakter Wan Jamila yang kurang berbicara, sesi temu bual bersamanya berjalan dengan bantuan ibunya, Noorhashim­ah Mohamed Noordin, 57, yang juga bekas pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Noorhashim­ah berkata, Wan Jamila yang juga anak keempat daripada lima adik-beradik dikesan menghidap autisme ketika berusia empat tahun selepas menjalani diagnosis di sebuah hospital swasta.

“Saya memang sedar anak saya mengalami kesukaran dalam berkomunik­asi dan hubungan sosial dengan orang di sekeliling­nya.

“Namun saya menganggap itu adalah biasa sehinggala­h disahkan doktor pakar.

“Walaupun Wan Jamila mempunyai perwatakan berbeza dengan anak-anak yang lain namun dia adalah anak istimewa yang berbakat besar dalam seni lukis,” katanya yang turut menyediaka­n studio dan galeri mini untuk anaknya itu di rumah mereka di Seksyen 7, Shah Alam.

Menurutnya, di awal pembabitan Wan Jamila dalam bidang seni, dia dilihat kerap melukis watak manusia dengan interpreta­si perasaan sedih, gembira, sedih atau marah.

“Semua lukisan yang dihasilkan menggambar­kan keadaan sebenar yang dilalui oleh manusia berdasarka­n pengalaman serta

 ??  ?? WAN Jamila tekun menyiapkan lukisannya.
WAN Jamila tekun menyiapkan lukisannya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia