Harian Metro

Rita okay dengan Zahirah

-

„

Kuala Lumpur: Rita Rudaini kesal apabila menjadi mangsa fitnah pihak tidak bertanggun­gjawab yang mengatakan dirinya cemburu dan dengki dengan pelakon jelita Zahirah MacWilson.

Rita, 42, berkata, tidak ada sebab untuk dia bersikap begitu kerana dia tidak bermasalah langsung dengan Zahirah. Lagipun dia tidak mengenalin­ya secara dekat, berjumpa atau bekerjasam­a dengan Zahirah.

Menurut Rita, dia terkejut apabila isu itu ditanya kepadanya pada malam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) baru-baru ini dan temubual itu disiarkan dalam satu program pendek semalam.

“Orang yang suka buat fitnah dan reka cerita ini saya terfikir, adakah mereka boleh tidur lena? Tidakkah ada rasa bersalah mengada-adakan cerita? Macam mana boleh dapat idea untuk reka cerita? Adakah bahagia hidup dapat reka cerita dan berita palsu? Puas hati? Tenang?

“Kepada anda yang mereka cerita tidak masuk akal hingga memfitnah saya, satu saja saya nak beritahu iaitu saya tidak hidup dengan kontrovers­i. Mungkin bagi sesetengah artis perlukan perkara itu untuk menaikkan nama, tetapi bukan saya,” katanya.

Rita berkata, dia tidak mahu isu yang sengaja dibangkitk­an boleh menimbulka­n salah faham pada pelakon itu yang tidak mengetahui cerita sebenar.

“Dari mula berlakon, niat saya hanya untuk cari rezeki kerana itu saja kebolehan dan bakat yang Allah beri kepada saya untuk diri sendiri, keluarga dan anak-anak.

“Untuk apa saya dengki dan cemburu dengan orang? Suatu ketika dulu saya pernah digelar ‘Primadona Drama Melayu’ dan sudah lalui zaman kegemilang­an.

“Namun, ia tidak penting bagi saya. Apa yang lebih puas adalah dapat tunjukkan bakat dan wang untuk sara hidup dan keluarga. Jadi, kepada yang tabur fitnah, anda silap orang,” katanya.

Menurut Rita, berada pada tahap sekarang bukan lagi waktu untuknya mengejar glamor.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia