Harian Metro

‘Saya dan Sufian kawan biasa’

-

Kuala Lumpur: Penyanyi Nabila Razali terkejut apabila dihujani mesej daripada peminat yang teruja dan ingin melihat dia dan penyanyi Sufian Suhaimi menjalin hubungan cinta.

Nabila ketika dihubungi berkata, hubunganny­a dengan penyanyi lagu Di Matamu itu hanya sekadar kawan biasa dan tidak lebih daripada itu.

“Saya agak terkejut apabila timbul cerita yang mengaitkan saya dan Sufian bercinta kerana tiada angin tiada ribut tiba-tiba cerita ini timbul.

“Mujur tiada peminat yang marah atau kecam tapi saya menerima banyak mesej yang mengatakan mereka seronok jika kami disatukan.

“Bagaimanap­un, saya tak rasa kami boleh bersama memandangk­an masing-masing kini fokus dengan kerjaya seni nyanyian,” katanya.

Menurut Nabila, dia juga ingin menegaskan gosip percintaan antara dia dan

Sufian tiada kena mengena dengan gimik untuk single terbarunya, Vroom Vroom yang bakal dilancarka­n tidak lama lagi.

“Kalau dulu saya bersama Aedy Ashraf bekerjasam­a untuk membuat gimik bagi muzik video lagu Pematah Hati kerana dia adalah seorang pelakon.

“Namun tak mungkin saya nak buat gimik dengan Sufian kerana dia bukan seorang pelakon. Apa yang berlaku antara kami memang berlaku secara mengejut.

“Saya dan Sufian hanya berkawan biasa,” katanya.

Terdahulu, perkongsia­n gambar bersama di laman sosial masing-masing mencetuska­n spekulasi kewujudan hubungan mesra antara dua penyanyi terbabit.

Lebih-lebih lagi apabila Nabila memuat naik gambar dirinya dengan artis lelaki sensasi itu, ketika mereka menghadiri malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31, berserta dengan petikan lagu popular nyanyian Sufian, Di Matamu.

Sufian pula berkongsi gambar mereka berdua pada acara sama dengan kapsyen ‘malu-malu kucing’, yang turut disertakan dengan foto haiwan comel terbabit.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia