Harian Metro

GAJI TAK POTONG

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@nstp.com.my

Exco perjelas tular pekerja asing ‘didenda’ tunai solat Jumaat

Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sembilan menafikan kejadian tiga lelaki warga Bangladesh dipotong gaji RM10 kerana menunaikan solat Jumaat di Labu di sini Isnin lalu seperti yang tular di Facebook.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Sumber Manusia, Perladanga­n dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, J Arul Kumar berkata, siasatan mendapati ada pihak sengaja membuat ulang siar isu itu di media sosial.

Katanya, kakitangan JTK negeri membuat siasatan dan ke lokasi kilang yang dimaksudka­n serta menemu bual sendiri beberapa pekerja beragama Islam Selasa lalu dan diberitahu tiada pemotongan gaji dilakukan majikan.

“Berdasarka­n siasatan, tiga lelaki yang tular itu bekerja di sebuah kilang membuat tilam di Batu 9, Jalan Labu bersama 33 pekerja lain.

“Mereka membabitka­n 16 pekerja tempatan, 19 warga Bangladesh dan seorang Indonesia.

“Semua pekerja dibayar gaji RM38.46 sehari dan bekerja pada Isnin hingga Sabtu bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang. Waktu rehat yang diberi adalah 12 tengah hari hingga 1 tengah hari,” katanya pada sidang media di pejabat JTK negeri di sini semalam.

Hadir sama Pengarah JTK negeri, S Tharu Marajan.

Menurut Arul Kumar, Jumaat pula waktu bekerja adalah dari jam 8 pagi hingga 6.30 petang dan diberi rehat jam 12 tengah hari hingga 3 petang.

“Pekerja beragama Islam diberi masa tiga jam untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Khariah Pekan Labu.

“Bagaimanap­un waktu kerja dianjakkan sehingga jam 6.30 petang bagi menggantik­an tempoh masa bekerja iaitu lapan jam sehari,” katanya.

Katanya, dakwaan mengatakan pekerja Bangladesh dipotong gaji tidak benar dan majikan memenuhi keperluan kerja mengikut Seksyen 60 Akta Kerja 1955.

Katanya, pihaknya pada masa sama berbincang dengan majikan supaya menyediaka­n pengangkut­an buat pekerja untuk ke masjid ketika hujan.

 ??  ?? ARUL
ARUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia