Harian Metro

Minat penyanyi era 90-an

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Hampir dua tahun mencuba nasib dalam karier seni, penyanyi Fatin Husna berjaya membolosi ‘Top 5’ kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), baru-baru ini.

Walaupun tewas, gadis berusia 23 tahun ini tidak kecewa kerana tidak menduga namanya layak disenarai sebagai ‘Top 5’.

“Sebagai penyanyi baru, sasaran saya sebenarnya cukuplah jika tersenarai dalam ‘Top 5’ kategori Penyanyi Wanita Popular.

“Namun, apa yang diimpikan tersasar kerana nama saya disenarai untuk kategori lain dan tidak terfikir mengenainy­a. Bagaimanap­un, saya syukur dan berterima kasih kepada penganjur dan peminat kerana sudi mengundi dan memberi peluang,” katanya.

Mula mengatur langkah dalam bidang nyanyian sekitar 2016, bakat Fatin dikesan menerusi aplikasi Smule.

Berbicara lanjut karier nyanyianny­a, Fatin berkata, dia kini tampil dengan single ketiga berjudul Kau Berubah ciptaan dan lirik Manusia Putih.

Menurut pemilik nama sebenar Fatin Husna Ibrahim ini, dia memilih genre lagu era 1990-an untuk single itu.

“Saya adalah peminat penyanyi era 1990-an seperti Shima, Azie, Ella dan Nike Ardilla. Sejak kecil, saya sukakan lagu mereka dan untuk single ketiga ini memang saya ambil peluang pertaruhka­n genre era 1990-an.

“Saya harap lagu Kau Berubah akan diterima baik pendengar dan semoga karier nyanyian saya lebih bersinar,” katanya.

Mengulas mengenai dua single terdahulun­ya, Fatin berkata, dia sedar gagal menyerlah dengan single pertama berjudul Terlepas Cinta.

Namun, single kedua yang juga duet bersama Khai Bahar iaitu Rahsia Kita sedikit sebanyak membantu menyerlahk­an nama saya. Namun begitu, saya dikatakan menumpang populariti Khai walaupun kami di bawah syarikat rakaman sama,” katanya.

Tidak berkecil hati dengan dakwaan itu, Fatin sedar itu lumrah sebagai anak seni yang baru mengatur langkah.

“Biarlah apa yang orang nak kata, saya tidak berkecil hati kerana harus pertingkat­kan usaha. Saya mahu berjaya dalam karier nyanyian, tetapi ia bukan perkara mudah untuk dikecapi. Jadi, saya harus tabah,” katanya.

Selesa berpandang­an positif untuk memacu perjalanan kariernya, Fatin berkata, paling penting restu ibu bapa.

Katanya, dia gembira minatnya terhadap karier seni mendapat sokongan padu daripada ibu bapa dan keluarga.

Fatin pertaruh genre lagu 90-an untuk single terbaru

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia