Harian Metro

Band baru usah terburu-buru

Perlu ikhlas dan jujur terhadap muzik dihasilkan

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

sudah 13 tahun dalam industri muzik, Hujan terus kekal bertahan dan berterusan mendapat sokongan peminat.

Bagi mereka, kejayaan dalam industri muzik tanah air bukanlah satu perjalanan yang mudah dan singkat.

Hujan yang dianggotai Noh Salleh selaku penyanyi, AG Coco (gitar), Azham Ahmad (dram) dan Izzat Uzaini (bass) berkongsi pengalaman selain memberi nasihat kepada band generasi baru.

Menurut Noh, sebagai anak seni, mereka perlu sentiasa bersabar dan tidak boleh terburu-buru.

“Sekarang banyak band baru yang muncul. Ia perkembang­an yang baik untuk menunjukka­n kepesatan industri muzik kita.

“Namun, saya nak tekankan di sini supaya mereka tidak perlu terburu-buru dalam melakukan sesuatu,” katanya.

Menurut Noh, dalam berkarya, kita perlu ikhlas dan jujur kepada muzik yang dihasilkan.

“Setiap orang ada rezeki masing-masing. Sebagai anak seni, berkaryala­h dengan jujur dan ikhlas. Insya-Allah, rezeki kalian sudah diatur dengan baik oleh Allah,” katanya.

Meletakkan Kugiran Masdo sebagai contoh yang baik, dia juga berpesan kepada band baru supaya tidak terlalu mengejar populariti.

“Populariti mendadak atau ‘breakthrou­gh’ selalunya misi utama kebanyakan band hari ini. Saya nak ingatkan, dalam melakukan sesuatu, jangan hanya mengejar ‘breakthrou­gh’ kerana kalau tak menjadi, nanti kecewa.

“Ada sesetengah band yang hasilkan album pertama dan anggap itu sebagai ‘masterpiec­e’. Apabila tidak mendapat sambutan, mulalah nak kecewa dan berputus asa.

“Jangan mudah mengalah. Cuba lagi, perbaiki mana yang kurang dan lakukan dengan lebih baik. Lihat Kugiran Masdo. Perjuangan mereka bukan hanya kerana populariti semata-mata, tetapi kerana ingin berkarya,” katanya.

 ??  ?? Saya nak ingatkan, dalam
melakukan sesuatu, jangan hanya mengejar ‘breakthrou­gh’ kerana kalau tak menjadi, nanti
kecewa
Saya nak ingatkan, dalam melakukan sesuatu, jangan hanya mengejar ‘breakthrou­gh’ kerana kalau tak menjadi, nanti kecewa
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia