Harian Metro

WIRA TERBUANG

-

Hanya dengan satu kejohanan Renato Sanches berjaya mencipta beberapa rekod baru skuad kebangsaan Portugal iaitu di Euro 2016 yang juga menyaksika­n pasukan diketuai oleh Cristiano Ronaldo itu buat kali pertama merangkul trofi utama dalam sejarah negara berkenaan.

Dia yang ketika itu berusia 18 tahun, dipanggil untuk menyertai skuad berkenaan berjaya menjadi pemain paling muda dalam sejarah Portugal beraksi di kejohanan peringkat antarabang­sa memadamkan rekod selama 12 tahun dipegang Ronaldo.

Pada aksi suku akhir menentang Poland di kejohanan itu, Sanches sekali lagi memecahkan rekod Ronaldo pemain paling muda Portugal disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama.

Ketika perlawanan itu selepas melakukan gerakan satu dua bersama

Nani, Sanches melakukan rembatan dari luar petak penalti untuk menjaringk­an gol penyamaan dan menjadi penjaring paling muda di peringkat kalah mati Euro.

Dia juga menerima Anugerah Pemain Muda Terbaik Euro 2016 apabila membantu Portugal muncul juara kejohanan berkenaan menumpaska­n Perancis 1-0.

Dalam masa sama,

Sanches ketika itu hadir ke Euro 2016 selaku bintang muda terbaru Bayern Munich apabila mengikat kontrak selama lima tahun bermula 1 Julai dan memang sangat tepat sekali dia menyinar di kejohanan besar selepas berhijrah ke kelab gergasi.

Bagaimanap­un, semuanya seakan kurang menjadi dan gelap buat pemain kelahiran Amadora itu, sejak melakukan penampilan sulung pada September

2016, dia bukan hanya gagal meledak sebarang gol dalam 25 penampilan, malah tidak menjadi mencipta hantaran menghasilk­an jaringan.

Sanches hanya melakukan empat penampilan liga dan satu perlawanan beraksi 90 minit, selepas perlu bersaing dengan pemain berpengala­an seperti Arturo Vidal, Thiago serta Xabi Alonso.

Lebih malang pengurus Bayern ketika itu, Carlo Ancelotti mempunyai reputuasi tidak bergantung harap kepada pemain muda.

“Dia mempunyai masalah dengan bahasa dan merasakan sukar untuk serasi bersama pasukan. Tambahan pula, saingan ketika itu sangat sengit,” ujar seorang wartawan dari Jerman.

Legenda Bayern, Lothar Matthaus pula menamakan dia adalah antara tiga pemain terburuk musim berkenaan dan Sanches sendiri juga mengakui sangat kecewa dengan persembaha­nnya ketika itu.

Pada musim berikutnya, Sanches dipinjamka­n ke Swansea untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris dengan harapan dia mampu untuk mendapat peluang beraksi secara kerap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia