Harian Metro

BANGKIT MENJULANG

-

Malang terus menimpa buat Sanches pada penampilan sulung kerana mereka bukan saja kalah

0-1 kepada Newcastle

United namun dia sendiri melakukan beberapa kesilapan ketika melakukan hantaran.

Pada 29 November pengurus, Paul Clement mengeluark­annya pada separuh masa pertama kerana kesilapan melakukan hantaran ke arah papan iklan di bahagian tepi padang, kerana pada awalnya dia menyangka ada rakan sepasukan di situ.

Musim ini ia ibarat kelahiran semula buat Sanches selepas 24 bulan tenggelam sejak meninggalk­an Benfica, malah ada yang mula membanding­kannya dengan legenda Bayern.

Pengurus baru Bayern, Niko Kovac mempercaya­i kemampuan pemain muda itu, terutama sekali selepas aksi sulung kelab berkenaan di Liga JuaraJuara menentang kelab lama Sanches.

Dia berjaya memberi satu kejutan dalam aksi sulung Kumpulan E menentang

Benfica apabila menjaringk­an gol dan menggunaka­n peluang sebaik mungkin pada 19 September lalu.

“The Bavarian sekarang ini mempunyai Sanches yang mereka perlukan. Dia akan mendapat peluang beraksi musim ini, di mana akan terus membantu meningkatk­an tahap keyakinann­ya. Sudah tentu dia akan kekal tahap permainann­ya.

“Cara dia bermula musim ini dan menjaringk­an gol, sama seperti saya bermain. Komitmen, dinamik, kelajuan, pembabitan, ketenangan, menyaksika­n dia mampu untuk menjadi penjaring gol.

“Dia sekarang ini mengingatk­an cara saya bermain. Saya mula seronok melihat dia beraksi,” kata Matthaus.

Kovac pula mengakui sekarang ini pemain lawan sudah mula untuk menghalang Sanches baik dari kiri mahupun kanan sama seperti yang berlaku terhadap Matthaus sebelum ini.

“Saya gembira dengan kebangkita­nnya. Seperti saya katakan sebelum ini, dia sangat cemerlang ketika aksi pra-musim,” kata

Kovac.

Memang tidak ada yang menjangkak­an Sanches bakal mendapat peluang mudah untuk beraksi berikutan saingan sengit di bahagian tengah, dengan kehadiran James Rodriguez, Javi Martinez, Thiago dan gandingan muda Jerman, Leon Goretzka serta Serge Gnabry.

Selepas bergelut dengan aksi sangat teruk sejak berpindah dari Benfica, peminat tidak boleh menyangkal kemampuan yang ada pada Sanches

Dia mampu untuk mengulangi persembaha­n terbaik ketika membantu pasukan mencatat keputusan seri 1-1 menentang Ajax

Amsterdam pada aksi kedua Liga

JuaraJuara, cuma sekarang ini dia seperti memberitah­u kepada dunia bahawa dia adalah remaja yang sama menyinar ketika Euro 2016 dan bakal kembali kepada tahap seperti itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia