Harian Metro

Aidil terpesona aksi Ronaldo

-

la menyebut nama Cristiano Ronaldo.

“Pemain kelahiran Portugal ini adalah idola saya dalam bola sepak. Dia adalah penyerang versatil dan saya minat dengan cara permainan hebat yang sering ditampilka­n,” katanya sambil memberitah­u, dengan kekuatan fizikal dan mental ditampilka­n Ronaldo, dia menjadi sanjungan setiap orang di dunia.

Katanya, tendangan Ronaldo sangat kuat sehingga mampu menendang bola dari jarak jauh untuk dihantar kepada rakan sepasukan.

“Selain itu, dia adalah penyudah terbaik. Setiap peluang menjaringk­an gol akan digunakan sebaik yang mungkin.

“Itu membuktika­n dia pemain bola sepak yang kreatif dan mempunyai pelbagai teknik sepakan,” katanya.

Setiap kali menyaksika­n Ronaldo beraksi di atas padang, Aidil berkata, dia pasti akan gembira.

“Gembira kerana dia mampu membawa kemenangan kepada pasukan. Kawalan bolanya sangat bagus dan mampu membantu mempertaha­nkan kubu mereka dibolosi lawan.

“Tenaga yang ditampilka­n ketika menggelece­k dan menyerang benteng pertahanan pasukan lawan juga terlalu bagus.

“Dia seorang yang relaks tapi bersungguh­sungguh ketika beraksi,” katanya sambil mengaku bola sepak permainan yang menyihatka­n tubuh badan serta menguji kekuatan mental dan fizikal seseorang, sekali gus membantu pemain mengekalka­n kecergasan.

Aidil, 31, berkata, sikap rendah diri dan kemuliaan hati Ronaldo juga menjadi kekaguman buat dirinya.

“Dia suka membantu dengan melakukan kerja amal. Sebab itu, dia sangat disanjungi oleh setiap masyarakat di dunia terutama yang meminati bola sepak.

“Malah, di usia muda dia sudah berjaya mendapat pelbagai gelaran seperti pemain terbaik dunia.

“Penghargaa­n yang diterima itu adalah tanda dan bukti dia boleh menjadi ikutan dan akan terus menjadi pemain berjaya dalam arena bola sepak,” katanya.

 ??  ?? CRISTIANO Ronaldo
CRISTIANO Ronaldo
 ??  ?? AIDIL Aziz
AIDIL Aziz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia