Harian Metro

Pulihara bangunan, laluan lama

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@yahoo.com.my

Kini menerusi kempen #KeepMyColo­urs, masyarakat boleh menikmati akses lorong di ibu kota yang lebih mesra, selamat dan bersih.

Kempen yang dilancarka­n Jotun Malaysia bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini, bertujuan memulihara bangunan dan laluan lama. Kerja mengecat dilakukan di lokasi terpilih membabitka­n sekitar Lorong Yap Ah Loy dan Lorong Bandar 13.

Menurut Pengarah Urusan Jotun Malaysia Eric Mallace, sebagai reputasi selaku jenama cat sudah bertapak lebih 25 tahun di pasaran tempatan, pihaknya mahu melakukan sesuatu supaya dapat disumbangk­an kembali kepada masyarakat terutama dalam pemelihara­an warisan dan budaya tempatan.

“Malaysia adalah negara kaya dengan budaya dan warisan dan kami mahu menjadi sebahagian daripada yang mengekalka­n warna-warna bangunan dengan tarikan tersendiri.

“Kolaborasi bersama DBKL menerusi kempen #KeepMYColo­urs bertepatan dengan matlamat itu apabila pihak berkuasa tempatan berkenaan turut melakukan kerja penambahba­ikan dan pengindaha­n Kuala Lumpur terutama dalam aspek pemulihara­an budaya serta warisan Malaysia.

“Lorong yang dulunya tidak menarik dan bosan kini kembali menonjol serta tampak ceria dengan pilihan warna yang dihasilkan menerusi inspirasi bangunan warisan sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Bagi Pengarah Jabatan Perancanga­n Bandar DBKL Nurazizi Mokhtar pula, kerjasama dengan jenama cat berkenaan membantu pihaknya mewujudkan persekitar­an bandar lebih berdaya tahan bagi penduduk tempatan.

“Semestinya peniaga kawasan sekitar antara komuniti yang turut terbabit sama dalam usaha mengubah wajah Lorong Yap Ah Loy.

“Malah kami bersama komuniti turut bekerjasam­a dengan Think City untuk mendapat maklum balas mereka sebelum mengubah keseluruha­n rupa laluan itu pada bulan ini,” katanya.

Tambah Nurazizi lagi, pihaknya berharap jenama cat berkenaan terus menjalinka­n kerjasama bukan saja untuk projek memperinda­hkan kawasan komersial malah bangunan penempatan seperti flat dan apartmen.

 ??  ??
 ??  ?? PERJANJIAN kerjasama yang diwakil Eric (kiri) dan Nurazizi.
PERJANJIAN kerjasama yang diwakil Eric (kiri) dan Nurazizi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia