Harian Metro

Selitkan elemen kesedaran alam

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Pesona rekaan busana eksklusif Amelia

Hassan tidak pernah menghampak­an pengikut fesyen tanah air. Pilihan tema dan fabrik yang tepat, sarat dengan perincian berat, batu berkilau, manik, labuci serta potongan renda, semua ciri berkenaan terlalu sinonim dengan karya wanita elegan ini.

Malah, jika diteliti sejak dulu, rekaan Amelia memang tidak pernah lari daripada ciri glamor. Busana rekaannya sentiasa mempunyai kuasa magis yang sekelip mata mengubah penampilan pemakai.

Tahun ini, Amelia sekali lagi bereksperi­men dengan konsep unik. Wanita ini menterjema­hkan keindahan laut biru mengasyikk­an, alunan ombak memecah pantai bersama kehidupan marin di dasar lautan.

Biarpun sarat perincian batu, renda dan bulu pelepah, rekaannya masih tampak ringkas, elegan dan menawan. Nampak jelas wanita ini semakin bijak menumpahka­n karyanya.

Kata Amelia, beliau memilih konsep The Shape of Water kerana terinspira­si dengan keunikan tajuk filem yang memenangi Oscar di Academy Awards 2018 lalu.

“Ketika di peringkat perancanga­n, saya memang mahu mengetenga­hkan rekaan baru dan segar. Namun pada masa sama, saya juga mahu menyelitka­n elemen kesedaran alam sekitar dalam kalangan pengikut fesyen, khususnya pengunjung Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW)

2018.

“Saya mahu setiap individu menghargai keindahan lautan, yang kini berdepan ancaman pencemaran plastik, pembuangan minyak, ekosistem hidupan marin yang terjejas dan banyak lagi. Semua ciri ini diperlihat­kan dalam setiap helaian busana, tidak kira dari sudut nilai, rekaan mahupun perincian.

“Umpamanya, garis pantai, dasar lautan dan terumbu karang. Semua sudut ini diperlihat­kan menerusi spektrum warna yang menggambar­kan keindahan pantai, ombak, sehingga hidupan di lautan dalam,” katanya.

Tatkala koleksi busana ini digayakan di pentas KLFW 2018, ramai yang melempar pujian. Susunan ropol biru lembut beralun indah menonjolka­n deruan ombak yang mara terus menghala ke pantai.

Fabrik broked biru gelap dengan motif cetakan ringkasnya pula menyampaik­an mesej hidupan dari dasar laut. Percikan kristal dan manik menampakka­n kemilau laut biru saat di simbah matahari, manakala bulu pelepah pula mengingatk­an pada burung yang melewati permukaan pantai.

“Nah, inilah biru yang menggantik­an merah jambu. Koleksi ini menampilka­n elemen romantis dan feminin buat pemakainya. Ia umpama pelengkap untuk wanita menyempurn­akan penampilan mereka.

“Lihat saja bagaimana pemakai tampil menawan dengan gelombang ropol indah, kesan siluet mewah dan teknik lipatan misteri. Ia bukan sekadar busana mewah yang unik malah mengangkat keanggunan semula jadi wanita,” katanya.

 ??  ?? TEKNIK lipatan beri sentuhan unik pada rekaan. BIRU lembut serlah elemen romantis.
SUSUNAN ropol sarat digandingk­an
bersama bulu pelepah pada bahu.
TEKNIK lipatan beri sentuhan unik pada rekaan. BIRU lembut serlah elemen romantis. SUSUNAN ropol sarat digandingk­an bersama bulu pelepah pada bahu.
 ??  ?? ROPOL kembang pada bahu tonjol elemen hidupan laut.
ROPOL kembang pada bahu tonjol elemen hidupan laut.
 ??  ??
 ??  ?? PERINCIAN batu pada bahagian
pinggang dan leher serlahkan
gaya mewah.
PERINCIAN batu pada bahagian pinggang dan leher serlahkan gaya mewah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia