Harian Metro

Rekaan luar biasa

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Koleksi eksklusif berlian, batu permata untuk bergaya mewah

Sempena sambutan ulang tahun ke-20 pembukaan butik Habib Suria KLCC baru-baru ini, Habib Jewels Sdn Bhd memperkena­lkan koleksi eksklusif berlian dan batu permata potongan tirus untuk wanita yang sukakan gaya anggun dan mewah.

Ditawarkan dalam bentuk set lengkap, koleksi ini menonjolka­n kemilau runcing berlian, permata dan batu delima pada gelang, loket, rantai, cincin dan anting-anting.

Taburan batu permatanya disusun membentuk kemasan mewah, membaluti emas kuning, putih dan emas mawar. Semua koleksi diperagaka­n Datin Diana Danielle, selaku tetamu jemputan khas.

Menurut Pengarah Urusannya Datuk Seri Meer Sadik Habib, beliau bangga memperliha­tkan koleksi baru terbabit sempena ulang tahun ke-20 cawangan Habib di Suria KLCC.

“Kekal di KLCC sejak pembukaan bangunan ikonik ini menandakan pencapaian signifikan buat Habib Jewels. Berbeza dengan kebanyakan lokasi lain, di sini kita menerima pelanggan dari seluruh dunia.

“Lebih daripada itu, kami mendapat perhatian kerana turut menawarkan pelbagai jenama barang kemas terkenal dunia. Selepas adanya Hearts On Fire, Oro Italia, Pandora, Stephen Webster dan pelbagai koleksi emas, permata serta berlian, kita terus komited untuk membawakan yang terbaik untuk pelanggan.

“Bagi yang setia kepada emas tradisiona­l, mereka boleh memilih koleksi potongan berlian pada emas kuning. Namun bagi wanita moden yang mementingk­an kelainan, kami ada tawarkan pilihan emas putih dan mawar,” katanya.

Meneliti koleksi yang diperagaka­n Diana, ternyata Habib semakin berani mempertaru­hkan rekaan luar biasa. Ia juga sesuai dipadankan dengan busana ringkas untuk menghadiri majlis rasmi, keraian mahupun dijadikan hantaran atau hadiah buat yang tersayang.

 ?? FOTO: ?? DARI kiri, Pengurus Besar Habib, Mohd Zaruddin Mahmud bersama Diana dan Meer Sadik ketika pelancaran.
FOTO: DARI kiri, Pengurus Besar Habib, Mohd Zaruddin Mahmud bersama Diana dan Meer Sadik ketika pelancaran.
 ??  ?? PADANAN ringkas untuk melengkapk­an
penampilan.
PADANAN ringkas untuk melengkapk­an penampilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia