Harian Metro

TERENGGANU MAHU SEKAT JDT, SABAH CARI PENAWAR

-

kejuaraan idaman. Untuk Piala Malaysia musim ini, pertembung­an JDT dengan Terengganu di Stadium Larkin nyata mendebarka­n penyokong bola sepak tanah air.

Kita semua menantikan temujanji dan urusan yang sewajarnya untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam pada 27 Oktober ini.

Pasukan Sabah pula mencari penawar ajaib untuk menghidupk­an impian mereka ke final selepas tercicir dengan kekalahan 5-0 kepada Perak pada separuh akhir pertama di Ipoh dua minggu lalu.

Kecuali pemain dan penyokong Sabah, tiada siapa yang berani menyanggah keberanian Perak bahawa mereka sudah membuat urusan ke Shah Alam, minggu depan.

Biarpun beraksi di Larkin, jurulatih JDT Benjamin Mora tentu sedar mereka tetap perlu melakukan segalanya dengan penuh jitu dan disiplin, tidak boleh sematamata­nya mengharapk­an ‘keramat’ gelanggang kebal.

Apatah lagi dua kekalahan JDT laman sendiri, 3-0 kepada Pahang dalam Piala FA dan 2-1 di tangan MIFA dalam aksi Piala Malaysia, tetap menjadi petunjuk bahawa pasukan lain sudah mula ada keyakinan untuk menggempur di Stadium Larkin, musim ini.

Terengganu yang dibekal jaringan tunggal Malik Mat Ariff, datang ke Larkin dengan misi yang cukup jelas. Semangat yang sedang memuncak menjadi senjata utama yang mampu menghukum sebarang kelonggara­n JDT.

Selain mentaliti pro alaEropah yang ditampilka­n dengan begitu ampuh JDT ketika menjebak Kedah dalam final 2019, JDT juga memerlukan faktor magika yang mampu dihadirkan pemain depannya seperti Gonzalo Cabrera dan Safawi Rasid.

Strategi permainan Benjamin Mora kini berbeza berbanding JDT bimbingan Ulises Morais diketuai Safiq Rahim yang begitu terserlah bentuk dan disiplin pasukan JDT hingga menutup ruang kepada Kedah musim lalu.

Pendekatan mantap dan kekuatan psikologi itu perlu diterap oleh Mora terhadap seluruh pemainnya malam ini jika JDT mahu melangkah ke final, sekali gus terus membuktika­n Harimau Selatan adalah pasukan terkuat di Malaysia selaku juara Liga Super lima musim berturut-turut.

Terserah pula kepada jurulatih Terengganu, Irfan Bakti untuk menentukan corak permainan skuad Penyu - sama ada berani dan yakin untuk mengekalka­n rentak ofensif atau datang ke Larkin dengan mementingk­an ketahanan di barisan pertahanan.

Apakah sempat Irfan menikmati gula getah yang selalu dikunyahny­a dalam setiap perlawanan?

Sebagai jurulatih berpengala­man, perlawanan genting seperti malam ini juga satu cabaran yang membuat Irfan terus gian melatih pasukan bola sepak.

Malam esok pula Sabah mengharapk­an maruah mereka tidak tercalar pula di Stadium Likas. Setidaktid­aknya Sabah perlu bangkit memberikan persembaha­n terbaik sekalipun agregat

5-0 memihak Perak, cukup sukar untuk dipadamkan.

Apa pun, ini saingan

Piala Malaysia, kejohanan penuh tradisi yang begitu banyak sejarah dramatik dan kebangkita­n. Ayuh kita harapkan lebih banyak debaran sebelum mengetahui finalis di Stadium Shah Alam, 27 Oktober nanti. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia