Harian Metro

ORANG LAIN YANG POPULAR

-

Penjaga gol Bawah 23 Tahun negara, Haziq Nadzli bukan saja tangkas di dalam padang, malah cekap dalam ilmu percintaan apabila sudah terang lagi bersuluh dia sekarang ini sedang bercinta dengan pelakon, Eyra Hazali yang terkenal dengan drama bersiri Mr. Grey.

Gambar mereka berdua juga sudah menjadi tular di laman sosial dan Eyra sendiri juga membuat pengakuan bahawa sedang bercinta dengan penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Bagaimanap­un, ketika gambarmere­kaberdua tular di laman sosial, ada kisah lebih menarik disebalikn­ya, kerana netizen memberi komen yang tidak ada kena mengena dengan kisah percintaan mereka.

Spy Bola juga geli hati melihat situasi ini dan ia seakan menjadi budaya netizen zaman sekarang mengenaita­hapkepekaa­n mereka yang sangat tinggi terutama ketika melihat sesuatu serta berfikir secara luar kotak.

Rata-rata netizen bukan hendak memberi komen mengenai percintaan Haziq dan Eyra sebaliknya mereka memberi sokongan kepada seorang lelaki yang sedang memilih kasut.

Tidak pasti sama ada lelaki berkenaan sengaja ataupun tidak berada di belakang Haziq dan Eyra sambil memilih kasut jenama terkenal dari Eropah.

Ada seorang peminat berkongsi gambar berkenaan di akaun Twitter miliknya, sambil memberi komen dengan bersahaja dengan mendoakan agar lelaki berkenaan membuat pilihan tepat sebelum membeli kasut.

Peminat berkenaan mengakui dia tidak peduli Haziq bercinta dengan sesiapa sekali pun yang penting dia berdoa agar lelaki di belakang itu membuat pilihan tepat kasut.

Akhirnya gambar berkenaan mendapat perhatian disebabkan komen peminat yang luar biasa itu, sehingga ada pula memberi sokongan untuk lelaki berkenaan memilih kasut berwarna hitam.

Lebih menarik ada yang memberi komen berbentuk gurauan bahawa lelaki di belakang itu mungkin akan menjadi jodoh Eyra dan kasut berkenaan akan dibayar Haziq.

Spy Bola akhirnya terkedu apabila identiti lelaki berkenaan didedahkan oleh rakannya, apabila nama akaun Facebook milik lelaki berkenaan di’tag’ dalam ruangan komen gambar itu.

Spy Bola: Pakai Kasut Penguin

 ??  ?? LELAKI (dalam bulatan) lebih popular dari Haziq, Eyra.
LELAKI (dalam bulatan) lebih popular dari Haziq, Eyra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia