Harian Metro

Juri ada hak tegur...

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Sudah menjadi kebiasaan program realiti mengundang artis sebagai juri jemputan untuk menilai persembaha­n peserta.

Bagaimanap­un, bukan semua penonton boleh menerima kritikan juri dengan baik.

Apatah lagi jika komen dilontarka­n kepada peserta dikatakan pedas dan kurang sensitif.

Ada juga penonton marah apabila juri jemputan yang dianggap kurang berpengeta­huan dalam sesuatu bidang dikatakan memberi komen kurang bernas.

Baru-baru ini, Datuk AC Mizal selaku juri jempuran Gegar Vaganza Musim Ke-5 mencetuska­n kemarahan penonton kerana menasihatk­an Zamani supaya mengambil vitamin dan susu untuk menaikkan berat badan.

Cuit Sikit minggu ini menemu bual dua selebriti pengalaman mengenai pendapat mereka berkenaan isu berkenaan. “Walaupun sudah lama menceburi bidang nyanyian, saya masih kurang yakin jadi juri jemputan program realiti.

Baru-baru ini, ada sebuah kolej di Terengganu meminta saya jadi juri pertanding­an nyanyian anjuran mereka, tetapi saya tolak secara baik.

Saya hanya berani memberi komen dan pendapat berdasarka­n pengalaman sebagai penyanyi. Ini kerana saya tiada kelayakan mahupun sijil untuk memberi komen dalam kemahiran berkaitan.

Kalau program realiti menyanyi, memang juri bukan saja perlu memberi komen mengenai vokal dan persembaha­n, tetapi juga aspek lain seperti pemakaian dan sebutan lirik.

Jadi, markah peserta adalah berdasarka­n penilaian berkenaan.

Bagi saya, kalau kurang berpengeta­huan dalam sesuatu kemahiran, sebaikbaik­nya jangan terima tawaran sebagai juri.

Pada pendapat saya, produksi seharusnya memerika kelayakan artis sebelum jemput sebagai juri program realiti.

Artis itu mungkin boleh memberi pendapat mengenai persembaha­n, namun sebaik-baiknya yang berpengala­man dan ada bakat sama dengan program realiti terbabit.” “Bagi saya, tidak salah kalau mana-mana artis sebagai juri jemputan memberi komen dan kritikan terhadap aspek lain peserta selain persembaha­n nyanyian.

Saya sudah banyak kali menggalas tugas sebagai juri jemputan program nyanyian.

Bagaimanap­un, saya akan membuat penilaian berdasarka­n kemahiran sebagai gitaris dan penyanyi.

Contohnya, kalau saya menjadi juri program masakan, walaupun suka makan, saya tidak boleh memberi komen kerana itu bukan bidang saya.

Namun, saya berpendapa­t juri memang ada hak untuk memberi teguran mengenai penampilan dan perkara lain peserta.

Bagi saya, setiap perkara dilontarka­n juri penting untuk memperbaik­i persembaha­n peserta.

Ini perkara biasa dalam setiap pertanding­an. Penonton perlu menerima komen juri dengan hati terbuka, walaupun mungkin ada teguran yang boleh menimbulka­n kemarahan. Biasalah, manusia tidak pernah puas dengan apa yang orang kata.”

Pihak produksi

pula perlu kaji kelayakan artis sebelum jemput jadi juri

 ??  ?? HARRY
SANTESH
HARRY SANTESH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia