Harian Metro

Bangkit memori manis zaman percintaan

-

Slot Dimensi Legenda yang ditayangka­n di saluran TV1 jam 9 malam esok pasti menghiburk­an.

Memperkena­lkan tema Dalam Hati Ada Taman yang pastinya dapat membangkit­kan memori manis zaman percintaan pasangan kekasih satu masa dulu, RTM menghimpun­kan artis yang terkenal dengan lagu malar segar tentang percintaan muda mudi era 60-an, 70-an, dan 90-an.

Legenda lagu rock leleh yang dirakamkan di Studio 1, Wisma TV, Angkasapur­i Julai lalu menampilka­n artis terkenal seperti Dayangku Intan, Ayai Ilusi dan Joey BPR.

Dayangku Intan mencipta nama sebagai penyanyi era 1980-an bakal muncul dengan seleksi lagu popularnya seperti Semakin Rindu Semakin Sayang, Karang di Lautan Sepi dan Berpaut Di Dahan Cinta.

Siapa yang tidak kenal dengan Ayai yang juga penyanyi Kumpulan Illusi? Penyanyi kelahiran Johor ini mengubat kerinduan peminat dengan pilihan tiga lagu bertemakan cinta yang memperkena­lkannya dalam industri seni termasuk lagu Inang Bujang Dara, Segalanya Kuterima, dan Puisi Cinta.

Berbeza dengan program lain, Dimensi Legenda dalam setiap episod siarannya memperkena­lkan artis baru muncul dalam segmen Memori Untukmu, iaitu slot mengenang kembali lagu popular dendangan penyanyi yang sudah tiada.

Segmen Memori Untukmu minggu ini mendedikas­ikan lagu yang pernah dipopulark­an oleh Fotograf yang juga kumpulan rock yang aktif di Malaysia pada akhir dekad 80-an hingga pertengaha­n dekad 90-an.

Kemunculan Fotograf sebagai artis rakaman di tengah kehangatan irama rock yang menguasai persada muzik tanah air seangkatan dengan kumpulan Mega, XPDC, Ekamatra, Gamma dan Ariwatan menghasilk­an album pertama Iramanya Menggetar (1989), 7:30 Psikosis (1990), Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

Artis dipilih, Arul RJ mendendang­kan lagu Di Alam Fana Cinta dan Nashrine RJ pula menyanyika­n lagu Luka Seribu Rindu.

Kemunculan Joey

BPR melengkapk­an tema minggu ini dengan lagu yang masih menjadi siulan sehingga kini iaitu Harum Subur di Hati, Aku Hanya Serangga dan Dari Sinar Mata.

Persembaha­n diakhiri denga nyanyian semua artis menghiburk­an penonton dengan lagu Seruan nyanyian asal Lefhanded.

 ??  ?? SEGMEN Memori Untukmu dedikasi lagu nyanyian asal Fotograf.
SEGMEN Memori Untukmu dedikasi lagu nyanyian asal Fotograf.
 ??  ?? ANTARA artis yang terbabit dalam program ini.
ANTARA artis yang terbabit dalam program ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia