Harian Metro

DETIK MAUT 4.30 PAGI

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Pemandu teksi terbunuh dalam nahas babit tiga kenderaan

Seorang pemandu teksi maut sejurus kereta dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar sebuah lori di Kilometer 9 berhampira­n susur keluar Seri Kembangan di Lebuhraya Maju Expressway (MEX), jam 4.30 pagi semalam.

Terdahulu, sebuah kereta model Proton Persona yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan dan berpusing sebelum bertembung dengan teksi berkenaan di lorong kanan menyebabka­n teksi terbabit berpusing ke lorong tengah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan menyebabka­n pemandu teksi maut di lokasi kejadian manakala pemandu lori dan Proton Persona cedera.

“Kejadian berlaku di Lebuhraya MEX menghala ke pusat bandar membabitka­n sebuah lori muatan satu tan yang dipandu seorang lelaki dengan sebuah teksi dan sebuah Proton Persona.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan Proton Persona hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan lalu berpusing sebelum bertembung dengan teksi yang datang dari arah belakang.

“Akibat rempuhan itu, teksi berkenaan berpusing dan melanggar sebuah lori yang berada di lorong tengah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, lokasi kemalangan adalah kawasan cerun menuruni bukit dan terdapat tiga lorong menghala ke pusat bandar.

“Tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kemalangan dan pihak kami sedang mengesan saksi bebas berhubung kejadian ini untuk menyalurka­n maklumat,” katanya.

Menurut beliau, kemalangan menyebabka­n pemandu teksi yang berusia 46 tahun maut, manakala pemandu Proton Persona berusia 41 tahun mengalami kecederaan di tangan dan leher.

“Pemandu lori pula cedera ringan di kaki dan mendapatka­n rawatan di Sunway Medical Centre. Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN teksi dipandu mangsa yang maut dalam nahas, semalam.
KEADAAN teksi dipandu mangsa yang maut dalam nahas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia