Harian Metro

SOFA TAYAR ‘MENGANCAM’

-

Siapa sangka tayar lama yang dibuang boleh menjana pendapatan ratusan ringgit melalui pembuatan sofa tayar oleh sepasang suami isteri di Padang Siding, di sini.

Tayar terpakai itu digunakan sepenuhnya oleh Nor Azizi Abu Bakar, 38, dan isterinya Siti Aida Ramli, 33, untuk menghasilk­an set sofa enam kerusi beserta meja.

Sejak menghasilk­annya pada Julai tahun lalu, lebih 30 set ‘sofa tayar’ yang berat setiap satu kerusi dan meja mencecah 20 kilogram itu sudah terjual.

Nor Azizi berkata, cetusan idea membuat sofa melalui tayar terpakai itu bermula dengan hobi isterinya yang gemar menanam bunga di dalam tayar terpakai selain dia turut menghasilk­an pasu bunga daripada tayar.

“Apabila selalu kutip dan ada kalanya dibeli, orang perasan dan mereka minta saya cuba membuat sofa menggunaka­n tayar.

“Balik rumah saya jumpa cara orang luar negara buat, jadi saya belajar buat dan berikan sedikit kelainan dengan membuat tambahan penyandar menggunaka­n tayar motosikal...sebab orang luar sekadar membuat kerusi tayar tanpa penyandar,” katanya.

Dia berkata, pada permulaann­ya hampir 10 tayar terpaksa dibuang kerana belum benar-benar mahir membuat sofa.

“Bahagian paling sukar ialah menebuk tayar untuk dimasukkan tali bagi dijadikan tempat duduk, jika salah ia tidak boleh dipasang. Jadi saya perlu memastikan setiap tempat yang ditebuk mempunyai ukuran yang sama,” katanya.

Nor Azizi dan Siti Aida yang juga peniaga buah-buahan di pasar pagi mengakui perniagaan sofa tayar banyak membantu menjana pendapatan mereka sekeluarga terutama apabila musim buah-buahan tertentu berakhir.

Suami isteri manfaat barang terpakai jana pendapatan keluarga

“Alhamdulil­lah tempahan selalu ada, bukan sofa tayar saja, pasu bunga tayar pun kami kerap terima tempahan.

“Ada individu yang tinggal jauh seperti di Johor berminat mahu beli tetapi terpaksa ditolak kerana kos penghantar­an yang tinggi memandangk­an berat satu kerusi saja mencecah 20kg. Jika tempahan itu berskala besar ia tidak bermasalah untuk saya menyewa lori.

“Setakat ini hanya negeri di utara Semenanjun­g termasuk Langkawi saja yang saya boleh hantar,” katanya.

 ??  ?? NOR Azizi menghasilk­an pasu bunga menggunaka­n tayar terpakai.
NOR Azizi menghasilk­an pasu bunga menggunaka­n tayar terpakai.
 ??  ?? SITI Aida dan Nor Azizi menaman pokok bunga di dalam tayar terpakai di hadapan rumah mereka.
SITI Aida dan Nor Azizi menaman pokok bunga di dalam tayar terpakai di hadapan rumah mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia