Harian Metro

IBU REDA KEPUTUSAN DNA

- Norrasyida­h Arshad norrasyida­h@nstp.com.my

Ibu Amir Hamzah Mohd Rozali, pelajar yang hilang selepas terbabit kemalangan di Kilometer 14.5, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) minggu lalu reda dengan keputusan ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA) yang mengesahka­n mayat ditemui di Sungai Kandis, Isnin lalu, milik anaknya.

Mariam Shanani Harun, 60, berkata, keputusan DNA yang diketahui hari ini (semalam), akhirnya menamatkan penantian mereka sekeluarga walaupun perkara itu menyedihka­n mereka.

Dia sekeluarga menghormat­i prosedur yang ditetap pihak berkuasa bagi memastikan kesahihan mayat walaupun beliau yakin mayat adalah anaknya selepas membuat pengecaman pada Isnin lalu.

“Mayat itu anak saya kerana ada dua kesan parut di betis sebelah kiri dan parut itu sama dengan Amir.

“Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya meninggal dunia, namun saya bersyukur ia selesai.

“Bagi saya, Amir anak yang periang dan manja semasa hidupnya. Amir pasti akan dirindui oleh kami sekeluarga,”

katanya ketika ditemui di Unit Foresik Hospital Shah Alam di sini, semalam.

Bagaimanap­un, Mariam berkata, dia masih tidak mengetahui bagaimana Amir Hamzah, 22, terbabit dengan kemalangan itu.

Katanya, berdasarka­n maklumat awal yang diberitahu, Amir Hamzah dikatakan membantu seorang daripada mangsa kemalangan terbabit.

“Saya diberitahu, Amir mungkin terpelanti­ng ke dalam sungai susulan penemuan beberapa baranganny­a termasuk topi keledar yang pecah dan beg miliknya.

“Tetapi, saya tidak tahu bagaimana dia boleh terpelanti­ng ke dalam sungai itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Mariam yang tinggal di Pulau Pinang, berkata Amir Hamzah sepatutnya menyertai pasukan Tentera Darat, semalam.

“Amir juga tidak sempat menerima Diploma Pengurusan Aviation pada majlis

„ Keluarga hormat prosedur walaupun sangat menyedihka­n

konvokesye­nnya pada Oktober lalu,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, mengesahka­n mayat yang ditemui tersangkut di perangkap sampah, Isnin lalu, adalah Amir Hamzah.

Beliau berkata hasil laporan ujian DNA yang dilakukan pihak Hospital Shah Alam (HSA) adalah positif.

Dalam kemalangan terbabit yang berlaku awal pagi Jumaat minggu lalu,seorang

13 lelaki dan wanita maut, tujuh parah, manakala Amir Hamzah yang dikatakan dalam perjalanan dengan menunggang motosikal Yamaha Y15 dari Lenggong, Perak menuju ke Padang Jawa tidak ditemui.

Motosikal milik Amir Hamzah ditemui dalam keadaan enjin masih hidup sebaik pihak berkuasa selesai mengalihka­n beberapa kenderaan terbabit dalam kemalangan itu.

 ?? Mariam Shanani Harun ?? Saya diberitahu, Amir mungkin terpelanti­ng ke dalam sungai susulan penemuan beberapa baranganny­a termasuk topi keledar yang pecah dan beg miliknya”
Mariam Shanani Harun Saya diberitahu, Amir mungkin terpelanti­ng ke dalam sungai susulan penemuan beberapa baranganny­a termasuk topi keledar yang pecah dan beg miliknya”
 ??  ?? AHLI keluarga Amir Hamzah reda dengan keputusan DNA.
AHLI keluarga Amir Hamzah reda dengan keputusan DNA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia