Harian Metro

RM15,000 untuk 7 polis

-

Kuala Lumpur: Bukan hanya menunggang motosikal curi malah seorang lelaki berani menawarkan sogokan wang berjumlah RM15,000 kepada tujuh anggota polis yang menahannya.

Suspek berusia 32 tahun itu ditahan di kawasan tempat letak kereta di Flat Penara, Bandar Sri Permaisuri, di sini, petang kelmarin.

Dalam pemeriksaa­n kira-kira jam 5.30 petang, polis menemui pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk mencuri motosikal milik suspek.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, susulan penahanan suspek, pihaknya menemui dua motosikal dipercayai dicuri suspek selain menemui dua cukai jalan dilaporkan hilang.

“Suspek sebelum itu ditahan sepasukan anggota Balai Polis Salak Selatan ketika duduk di atas motosikal Yamaha Y15ZR berhampira­n sebuah flat di Bandar Permaisuri, Cheras.

“Ketika pemeriksaa­n, polis menemui pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri motosikal, selain menemui tiga telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM15,000 dan 50 pil kuda dianggarka­n bernilai RM1,000,” katanya pada sidang media di Balai Polis Salak Selatan di sini, semalam.

Beliau berkata, semakan lanjut ke atas motosikal yang diduduki suspek didapati dilaporkan hilang di Salak Selatan

pada 12 September lalu.

“Ketika anggota mahu membuat tangkapan, suspek merayu dilepaskan dan menawarkan wang tunai RM15,000 yang berada dalam simpananny­a namun anggota memberi amaran tiga kali memberi rasuah kepada kepada penjawat awam satu kesalahan.

“Suspek berdegil cuba menyogok anggota sebelum dia ditahan dan barang serta wang tunai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mohamed Mokhsein berkata, susulan penahanan suspek, pihaknya menemui dua lagi motosikal Honda EX5 dan Honda Wave serta dua cukai jalan yang nombor pendaftara­nnya dilaporkan hilang.

“Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah dan dia direman empat hari bermula hari ini (semalam) mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan serta Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ?? MOHAMED Mokhsein (kiri) menunjukka­n motosikal yang disyaki curi daripada seorang lelaki.
MOHAMED Mokhsein (kiri) menunjukka­n motosikal yang disyaki curi daripada seorang lelaki.
 ??  ?? ANTARA barangan yang dirampas polis.
ANTARA barangan yang dirampas polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia