Harian Metro

10,000 BATUAN PELIK

- Sabaruddin Abd Ghani cnews@nstp.com.my

Lelaki sanggup redah hutan, daki gunung, menyusuri pantai cari bentuk menarik

Bagi golongan berjiwa seni, barangan atau objek yang mempunyai elemen berseni tentu menjadi buruan untuk dimiliki hinggakan sanggup berhabis duit membelinya walaupun harga yang dijual mencecah ratusan atau ribuan ringgit.

Bagi memenuhi idaman golongan terbabit, seorang penduduk di Kampung Kuala Samak dekat sini, Ibrahim Wahab, 52, yang pada mulanya mengumpul batu atau kayu berbentuk pelik cuma dijadikan sebagai hobi, tetapi kini memiliki hampir 10,000 jenis kayu dan batu sedia untuk dijual.

Untuk itu, dia menyimpan barangan yang mempunyai nilai komersial itu di sebuah bangunan yang dinamakan Galeri Batu Gunung berhampira­n rumahnya yang dijaga rapi bagi memastikan keaslian bentuk kualiti dan warnanya kekal seperti ketika barangan terbabit diambil.

“Batu dan kayu yang disimpan di sini diambil dari merata tempat iaitu di laut, di gunung dan di hutan yang ada antaranya berkeadaan menyerupai seperti binatang selain berbentuk seperti batu karang tapi ia dijumpai di hutan.

“Bentuknya memang aneh, ada yang menyerupai seperti kambing, ikan, kura-kura dan ibu lesung tumbuk cili yang sangat menarik dan sesuai dijadikan sebagai bahan perhiasan,” katanya. Untuk memiliki barangan terbabit, Ibrahim bersama rakan sealiran hobi, sanggup meredah hutan, mendaki gunung dan menyusuri pantai di setiap pelosok. Walaupun ada ketika cabaran berisiko yang boleh mengancam nyawa seperti terserempa­k dengan harimau, beruang dan gajah selain gangguan berunsur mistik terpaksa ditempuh.

 ??  ?? IBRAHIM menunjukka­n koleksi batu menyerupai batu karang yang sedia dijual kepada sesiapa berminat ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Samak.
IBRAHIM menunjukka­n koleksi batu menyerupai batu karang yang sedia dijual kepada sesiapa berminat ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Samak.
 ??  ?? BATU kristal seakan-akan ketulan ais yang diambil dari Gunung Keriang Kedah disimpan di Galeri Batu Gunung.
BATU kristal seakan-akan ketulan ais yang diambil dari Gunung Keriang Kedah disimpan di Galeri Batu Gunung.
 ??  ?? ANTARA koleksi bentuk batu gunung seperti ibu lesung yang berlubang di tengah.
ANTARA koleksi bentuk batu gunung seperti ibu lesung yang berlubang di tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia