Harian Metro

‘Jangan sebar jika fakta tidak sahih’

-

“Jangan sebarkan jika tidak sahih mengenai fakta sebenar,” itu kata EXCO Perpaduan, Sumber Manusia, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Hal Ehwal Pengguna negeri, G Saminathan mengenai tindakan individu yang menularkan gambarnya ketika melakukan lawatan ke Balai Raya Gadek di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat segelintir individu yang cuba memburukka­n kerajaan negeri termasuk dirinya dengan bertindak memanipula­sikan fakta gambar lawatannya.

Saminathan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek berkata, isu berkaitan bekalan elektrik yang terputus di balai raya dan beberapa dewan di kawasan itu sudah diambil maklum selain kini dalam tindakan susulan untuk dibaik pulih.

“Sebenarnya kita dalam proses membaikpul­ih bekalan elektrik itu dan tidak sangka ia tular di laman sosial dengan keterangan gambar berbeza daripada fakta sebenar.

“Saya yang kebetulan berada di kawasan itu singgah dan bertemu dengan penduduk yang ketika itu baru selesai mengadakan mesyuarat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan ia tidak dirancang,” katanya.

Saminathan berkata, beliau tidak sangka niatnya yang mahu mendekati rakyat disalah tafsir malah tindakanny­a turut disalah erti.

“Salahkan saya mahu mendekati rakyat dan mengetahui program yang mereka jalankan tetapi lain pula berlaku apabila ada pihak cuba memburukka­n dengan mengatakan kami seolah-olah sengaja tidak mahu menyambung semula bekalan elektrik.

“Walaupun dihantui dengan sikap segelintir pihak seperti itu, namun sebagai wakil rakyat saya akan terus memikul tanggungja­wab yang diamanahka­n secara adil dan telus,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia