Harian Metro

3,000 INFLUENCER

- Nor Afzan Mohamad Yusof cnews@nstp.com.my

KOMACI, platform media sosial untuk individu berpengaru­h atau ‘influencer’ disifatkan sebagai medium baru paling berpengaru­h dalam usaha mempromosi dan memasarkan sesuatu produk atau perkhidmat­an.

Platform dibangunka­n Ace Media Network Sdn Bhd (Ace Media Network) sejak setahun lalu itu hingga kini sudah merekodkan penyertaan lebih 3,000 influencer daripada pelbagai kategori termasuk gaya hidup, pengembara­an dan fesyen.

Pengasas dan Ketua Pegawai Ekskutif Ace Media Network Sdn Bhd, Ben Wong berkata, pihaknya menumpukan penyertaan daripada influencer dalam kalangan golongan mikro atau orang biasa yang memiliki pengikut di laman sosial Instagram sekurang-kurang 1,000 orang.

Katanya syarikat mahu ‘lari’ daripada persepsi bahawa influencer terbaik adalah individu terkenal yang memiliki jutaan pengikut semata-mata.

“Sebaliknya syarikat yakin, orang biasa turut memiliki keupayaan pemasaran dan pujukan tersendiri dalam memujuk pengguna lain.

“Kajian pasaran yang kami lakukan mendapati influencer dalam kalangan orang biasa berupaya menarik pengguna lain untuk membeli atau mempercaya­i apa yang diperkatak­an berbanding menggunaka­n influencer yang memiliki jutaan pengikut,” katanya pada majlis pelancaran di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi yang juga Pengasas Bersama KOMACI, Nicholas Ng.

Bagi influencer berminat, mereka boleh memuat turun aplikasi KOMACI di Playstore secara percuma.

Pihak pentadbira­n KOMACI, akan menyuaipad­an pengiklan, berdasarka­n latarbelak­ang influencer, manakala maklumat tawaran promosi akan diterima influencer menerusi pemberitah­uan di aplikasi KOMACI.

Wong berkata, platform berkenaan turut menyediaka­n jalan pintas kepada

„ KOMACI platform terbaharu promosi produk, khidmat

pengiklan yang ingin mempromosi produk dan khidmat mereka dalam kalangan influencer.

“Sebelum ini mana-mana pengiklan yang mahu mempromosi produk atau khidmat ditawarkan, perlu menghubung­i influencer secara peribadi.

“Sedangkan menerusi platform ini, kami memiliki teknologi dalam menyuai padan influencer dengan pengiklan,” katanya.

Sementara itu, Ng berkata, pihaknya akan melancarka­n platfom berkenaan di Thailand, Singapura dan Vietnam dalam masa terdekat. Optimis dengan perkembang­an platform itu, katanya projek untuk ‘Air Asia’s Buy Now, Fly Now’ untuk tempoh tiga hari promosi dalam kalangan 30 influencer dilakukan, berupaya menyampai maklumat kempen kepada 1.7 juta orang, berbanding kempen tradisiona­l yang hanya mencatatka­n 1.7 peratus pengguna.

 ??  ?? WONG pada pelancaran
platform KOMACI.
WONG pada pelancaran platform KOMACI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia