Harian Metro

UEM Sunrise lancar Residensi Astrea

-

Pemaju hartanah, UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise) melancarka­n projek pembanguna­n terbarunya di Mont Kiara, Residensi Astrea dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM323 juta.

Projek pembanguna­n di atas tapak seluas 0.971 hektar itu bakal menempatka­n 240 unit kondominum setinggi 37 tingkat.

Pengarah Central 2 UEM Sunrise, Liong Kok Kit berkata, walaupun projek itu baru dilancarka­n secara rasmi, ia sudah mencatat lebih 50 peratus tempahan.

“Dengan harga bermula dari RM1.1 juta atau RM870 untuk satu kaki persegi, projek pembanguna­n ini menyusuli kejayaan projek kami yang terdahulu di Mont Kiara iaitu Residensi Solaris Parq Mont’Kiara.

“Projek pembanguna­n kediaman berkepadat­an rendah ini juga mempunyai beberapa pilihan saiz unit bermula dari 1,364 kaki persegi hingga 1,859 kaki persegi.

“Residensi Astrea adalah satu lagi contoh yang menunjukka­n komitmen kami dalam mencipta ruang kehidupan yang menakjubka­n yang mana sesebuah keluarga itu boleh menjadi sebahagian daripada komuniti yang mapan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran projek pembanguna­n itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama pada majlis berkenaan Ketua Pemasaran UEM Sunrise, Kenny Wong.

Projek berkenaan dijangka siap pada suku pertama 2023.

Mengulas lanjut, Wong berkata UEM Sunrise adalah pemaju gaya hidup dan sesebuah rumah tidak hanya terhad kepada jenis teres atau kondominiu­m sahaja.

 ??  ?? LIONG (kiri) dan Wong melihat model kondominiu­m Astrea Mont Kiara.
LIONG (kiri) dan Wong melihat model kondominiu­m Astrea Mont Kiara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia