Harian Metro

NAK JADI TUHAN

- Agensi

„ Sami hampir mati kelemasan selepas tanam diri sendiri dalam kubur

Seorang sami hampir maut selepas dia secara sukarela ditanam hidup-hidup di dalam kubur selama lapan jam pada minggu lalu dalam usahanya untuk menyucikan diri dan dilahirkan semula sebagai tuhan.

Deeraj Kharol yang tinggal di sebuah kuil di kampung Karocho ka Kheda di Rajasthan mengumumka­n rancangann­ya untuk membuat satu ritual pelik di mana dia ditanam di dalam kubur selama tiga hari.

Ritual itu bertujuan menyucikan diri dan orang yang melakukann­ya bakal dilahirkan semula sebagai tuhan.

Rancangan sami itu disambut dengan gembira oleh penduduk kampung yang teruja dan mereka juga membantu menggali kubur berhampira­n kuil berkenaan.

Pada hari yang ditetapkan, Kharol masuk ke dalam kubur berkenaan sebelum ia ditutup dengan papan dan ditimbus dengan batu, tanah serta lumpur.

Upacara berkenaan turut menarik kedatangan penduduk di kampung berhampira­n yang berpusu-pusu melihat kubur itu dan memujanya.

Berita mengenai rancangan itu tersebar dengan meluas hingga sampai ke pengetahua­n ketua polis wilayah berkenaan yang segera menghantar pegawainya ke kampung itu untuk menghentik­an upacara berkenaan.

Times Of India melaporkan, sepasukan anggota polis yang diketuai Mansingh Dev tiba di kubur lokasi Kharol ditanam tetapi penduduk yang berang menghalang mereka campur tangan dalam ritual berkenaan.

Dev kemudian berunding dengan orang tua di kampung itu dan memberi penjelasan bahawa Kharol akan mati kelemasan.

Selepas berbincang akhirnya penduduk kampung membenarka­n polis menggali kubur itu dan membawa keluar Kharol yang didapati sudah pengsan sebelum dikejarkan ke hospital.

 ??  ?? KHAROL membuat persediaan sebelum dia ditanam di dalam kubur. Gambar kecil, Kharol dirawat di hospital dan keadaannya dilaporkan stabil. - Agensi
KHAROL membuat persediaan sebelum dia ditanam di dalam kubur. Gambar kecil, Kharol dirawat di hospital dan keadaannya dilaporkan stabil. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia