Harian Metro

‘Kantoi’ buat cerita sedih konon mangsa pukul

-

New York: Seorang lelaki kulit putih yang membuat cerita sedih di Facebook kononnya diserang lelaki kulit hitam dan Amerika Latin akhirnya ditahan polis selepas rakaman kamera keselamata­n menunjukka­n dia yang terlebih dahulu mengejar dua lelaki itu dengan pisau.

Matthew Potthast, 26, membuat laporan polis mendakwa diserang dua lelaki dalam satu pergaduhan berpunca daripada salah faham di jalan raya di sebuah stesen minyak di Florissant, Missouri pada minggu lalu.

Teman wanitanya Kayla Lammers, 27, turut memuat naik cerita kejadian itu di Facebook lengkap dengan gambar Potthast yang berdarah di muka dan merayu pengguna media sosial mengenal pasti penyerang berkenaan.

Polis yang membuat siasatan lanjut kemudian meneliti rakaman kamera keselamata­n di stesen minyak berkenaan dan mendapati laporan yang dibuat Potthast serta cerita Kayla di Facebook sebagai tidak tepat dan palsu.

Menurut polis, dalam rakaman berkenaan, Kayla keluar dari kereta putih yang dinaiki bersama Potthast dan menghampir­i kereta merah dinaiki Mark Harris, 20, serta rakannya sebelum mengancam mereka.

Kedua-dua lelaki itu keluar daripada kereta dan bertengkar dengan pasangan itu sebelum Potthast menolak Harris.

Potthast dilihat kembali ke keretanya sebelum mengambil pisau dan terus berlari ke arah Harris.

Selepas bertengkar, Potthast dilihat cuba melanggar Harris ketika mengundurk­an keretanya menyebabka­n lelaki itu menyerangn­ya.

Kayla pula merakam kejadian itu dengan menggunaka­n telefon bimbitnya.

Kelmarin, Kayla didakwa kerana mengganggu ketenteram­an awam dan Potthast pula didakwa secara salah menggunaka­n senjata serta memukul.

Harris juga didakwa atas tuduhan memukul. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR yang dimuat naik di Facebook menunjukka­n wajah Potthast yang cedera kerana menjadi mangsa pukul dua lelaki. - Agensi
GAMBAR yang dimuat naik di Facebook menunjukka­n wajah Potthast yang cedera kerana menjadi mangsa pukul dua lelaki. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia