Harian Metro

JENERAL BAKAL DIPERSALAH

„ Assiri kononnya melampaui batas hingga membunuh Khashoggi

- Agensi

Meletakkan kesalahan terhadap pegawai kanan perisikan antara pilihan utama Arab Saudi dalam kes kehilangan wartawan Jamal Khashoggi yang dipercayai dibunuh dalam konsulat negara itu di Istanbul.

New York Times yang memetik sumber melaporkan, kerajaan Arab Saudi boleh menuding jari kepada Jeneral Ahmed al-Assiri yang rapat dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Menurut akhbar itu mendakwa bercakap dengan tiga orang yang mempunyai pengetahua­n mengenai rancangan Arab Saudi. Mereka sebelum ini bertugas sebagai jurucakap operasi ketenteraa­n diterajui Arab Saudi di Yaman sebelum dinaikkan pangkat sebagai pegawai perisikan.

Menurut dua daripada sumber itu, pemerintah Arab Saudi bersiap untuk menyatakan Assiri diberi arahan lisan oleh Putera Mahkota untuk menahan Khashoggi bagi disoal siasat di Arab Saudi namun jeneral itu melampaui batas atau tersalah tafsir arahan berkenaan.

Khashoggi, 60, hilang selepas memasuki Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu. Pihak berkuasa Turki mendakwa mempunyai bukti penulis Washington Post itu diseksa ketika soal siasat, termasuk dikerat jari sebelum dibunuh dan mayatnya dipotong. AFP melaporkan semalam, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata, Khashoggi berkemungk­inan besar sudah mati dan memberi amaran tindak balas ‘parah’ jika terbukti Arab Saudi bertanggun­gjawab.

“Bagi saya ia kelihatan sudah pasti (kematian Khashoggi). Ia menyedihka­n,” kata Trump menjawab soalan wartawan adakah beliau percaya Khashoggi tidak lagi hidup.

Mengenai tindak balas Amerika terhadap Arab Saudi, Trump berkata: “Ia akan menjadi amat tidak menyenangk­an. Buruk, pembalasan buruk.”

Sementara itu, ABC News, melaporkan Setiausaha Negara Amerika, Mike Pompeo, terpaksa membuat penafian dakwaan beliau diperdenga­rkan rakaman audio penyeksaan dan pembunuhan Khashoggi ketika mengunjung­i Turki baru-baru ini.

“Saya tidak melihat sebarang rakaman. Saya tidak melihat atau mendengar sebarang rakaman. Saya tidak melihat transkrip,” katanya.

Awal minggu ini, Pompeo mengunjung­i Arab Saudi berjumpa Raja Salman dan Putera Mahkota bagi membincang­kan isu kehilangan Khashoggi sebelum mengunjung­i Turki.

 ??  ?? JENERAL Ahmed al-Assiri
JENERAL Ahmed al-Assiri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia