Harian Metro

Ketua polis dibunuh, pilihan raya tertangguh

-

Kabul: Pilihan raya Parlimen di wilayah Kandahar, selatan Afghanista­n yang sepatutnya diadakan esok, ditangguhk­an seminggu lagi selepas pembunuhan ketua polis wilayah itu, Jeneral Abdul Raziq, kelmarin.

Menurut Haroon Chakansuri iaitu jurucakap Presiden Ashraf Ghani melalui Twitter, penangguha­n itu berikutan permintaan penduduk dan pemimpin tempatan serta disyorkan suruhan jaya pilihan raya.

Menurut AFP, Abdul Raziq, 45, bersama ketua perisikan wilayah itu, Abdul Mohmin, terbunuh bersama 13 lagi apabila seorang pengawal mereka melepaskan tembakan selepas mesyuarat di pejabat gabenor Kandahar.

Gabenor Kandahar, Zalmay Wesa, dilaporkan cedera dalam serangan itu.

Pemerintah tentera Amerika Syarikat di Afghanista­n, Jeneral Scott Miller, terselamat kerana meninggalk­an mesyuarat tidak lama sebelum serangan.

Taliban yang mengaku bertanggun­gjawab menyatakan serangan itu mensasarka­n Raziq dan Miller.

Raziq berasal dari Spin Boldak, Kandahar, berketurun­an etnik Pashtun, terkenal dengan kekerasann­ya terhadap Taliban.

AlJazeera melaporkan, pertubuhan hak asasi mengkritik beliau kerana mengarahka­n penyeksaan dan penderaan tahanan yang disyaki mempunyai kaitan dengan Taliban.

Bapa dan bapa saudaranya dibunuh Taliban pada 1994 menyebabka­n Abdul Raziq dan keluargany­a melarikan diri ke Pakistan sehingga Taliban digulingka­n oleh Amerika pada Afghanista­n.

Beliau kembali ke Kandahar dan menjadi anggota polis pada 2001 sebelum dinaikkan pangkat dengan cepat sehingga menjadi ketua polis Kandahar pada 2011.

Pemantau Hak Asasi berpangkal­an di New York menggelar Abdul Raziq sebagai ‘Ketua Penyeksa Kandahar’, termasuk dakwaan pembunuhan tahanan serta penjara rahsia.

Tahanan dikatakan didera dengan dilemaskan, sama ada dalam air atau beg plastik, mengepit buah zakar, mengepam air ke dalam perut dan kejutan elektrik.

Abdul Raziq menafikan semua dakwaan itu.

Lebih 2,500 calon bertanding bagi merebut 249 kerusi Parlimen dan kerajaan menggerakk­an 70,000 anggota keselamata­n, termasuk polis dan tentera di seluruh negara.

Sejak kempen bermula bulan lalu, sekurang-kurangnya 10 calon terbunuh dalam serangan dengan dua lagi diculik. - Agensi

 ??  ?? KETUA Polis Kandahar, Jeneral Abdul Raziq, yang mati dibunuh. - AFP
KETUA Polis Kandahar, Jeneral Abdul Raziq, yang mati dibunuh. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia