Harian Metro

Bukan dua minggu tertimbus DENDAM SI MANGSA BULI

- AFP

Jakarta: Wanita yang rakaman video menunjukka­n dia cedera akibat patah kaki dan terbaring dalam lumpur yang tular di Indonesia dan Malaysia ditemui pada malam hari kejadian gempa bumi melanda Palu, bukannya ditemui selepas dua minggu seperti kenyataan yang disiarkan bersama edaran video berkenaan.

Media Indonesia melaporkan, edaran video selama dua minit di media sosial itu menimbulka­n kekecohan selepas ditonton ribuan netizen yang simpati atau hairan kerana mangsa kononnya terselamat walaupun selepas dua minggu tertimbus.

Liputan 6 melaporkan, Ketua Pusat Data, Maklumat dan Hubungan Awam Agensi Bencana Kebangsaan Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho berkata, kejadian dalam video memang benar berlaku namun wanita berkenaan bukannya ditemui selepas dua minggu.

“Tidak benar dua minggu, video itu dirakam sukarelawa­n yang menyelamat­kan ibu berkenaan serta bayinya yang hanyut akibat pencairan tanah di Petobo pada 28 September, iaitu malam kejadian gempa bumi,” katanya.

Pihak berkuasa Indonesia menemui 2,045 mayat mangsa tsunami dan gempa bumi yang melanda Palu serta Donggla di Sulawesi. Hampir 5,000 orang dipercayai masih tertimbus di bawah lumpur di perkampung­an di Pertobo dan Balaroa yang diisytihar­kan sebagai kubur besar.

Sebelum ini, Kompas melaporkan rakaman video penemuan seorang wanita tertimbus lumpur di Petobo tular di media sosial. Dalam keterangan video itu menyatakan mangsa ditemui selepas dua minggu bencana gempa bumi 7.4 magnitud. Agensi

Perasaan dendam akibat sering dibuli dan dimalukan rakan sekelas menjadi punca seorang pelajar sebuah kolej di sini melepaskan tembakan rambang yang membunuh 20 mangsa dan mencederak­an lebih 40 yang lain.

Dalam kejadian pada Rabu lalu itu, Vladislav Roslyakov, 18, melepaskan tembakan rambang ke arah sekumpulan pelajar di sebuah kolej teknikal di Kerch , bandar dalam Semenanjun­g Crimea yang ditawan Russia, sebelum membunuh diri.

Dalam wawancara dengan media tempatan, seorang pelajar perempuan yang mendakwa bekas teman wanita Roslyakov, menyifatka­n penyerang sebagai baik dan bertimbang rasa yang mengadu sering dibuli rakannya.

“Dia hilang kepercayaa­n apabila rakan sekelas mula memalukann­ya kerana tidak bersikap seperti mereka.

“Roslyakov sering mengadu dia kerap bergaduh dengan rakan-rakanya di kolej dan tidak mahu hidup disebabkan perkara itu,” kata pelajar yang dikenali sebagai Zlata, 15, kepada agensi berita RT.

Gadis itu yang berpisah dengan Roslyakov sebelum kejadian berkata, bekas teman lelakinya gemar menembak.

“Saya amat sedih dengan mangsa yang ditembak dan sedih kerana Roslyakov membunuh dirinya. Dia seorang rakan yang amat baik,” jelasnya.

Kementeria­n Kesihatan Russia meletakkan angka kematian terbaharu 20 orang. Beberapa jam sebelumnya, pihak berkuasa bandar mendedahka­n senarai 19 mangsa maut dengan sembilan daripadany­a berusia bawah 18 tahun.

Seorang mangsa, Sergei Stepanenko, 15, adalah pelajar termuda maut dalam kejadian itu.

Presiden Russia, Vladimir

„ Punca remaja lelaki tembak mati 20 pelajar kolej di Crimea

Putin pula mendakwa, pembunuhan itu dipengaruh­i kejadian tembakan dalam kalangan pelajar yang sering berlaku di Amerika Syarikat.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera dalam kejadian tembakan berkenaan. - AFP
ANGGOTA penyelamat memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera dalam kejadian tembakan berkenaan. - AFP
 ??  ?? GAMBAR dari kamera keselamata­n menunjukka­n Roslyakov memegang senapang ketika masuk ke kolej berkenaan. - Agensi
GAMBAR dari kamera keselamata­n menunjukka­n Roslyakov memegang senapang ketika masuk ke kolej berkenaan. - Agensi
 ??  ?? PETIKAN rakaman video wanita yang dihanyutka­n lumpur ketika gempa bumi Palu yang tular di media sosial. - Agensi
PETIKAN rakaman video wanita yang dihanyutka­n lumpur ketika gempa bumi Palu yang tular di media sosial. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia