Harian Metro

DEGIL SUNGGUH

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

„ Dua atlet angkat berat kantoi guna bahan terlarang walaupun pelbagai usaha dilakukan bagi mencegah atlet daripada terlibat

mad Shapawi Ismail berkata, siasatan akan dilakukan oleh Persatuan Angkat Berat Malaysia

(PABM) untuk mengenal pasti punca dan dari mana mereka memperoleh bahan terlarang itu.

Katanya, atlet juga diberi peluang untuk membela diri dan membuktika­n mereka tidak bersalah dengan mencabar sampel B diuji. “Apa yang boleh saya katakan memang saya kecewa kerana kami sudah mengambil pelbagai langkah antaranya menggugurk­an sukan angkat berat daripada senarai sukan teras.

“Tindakan itu untuk memberi tekanan kepada

penggiat angkat berat bahawa ia peperangan terhadap doping.

“Biarpun tekanan yang kuat diberikan tapi masih ada lagi kes berlaku. Ia seperti mereka tidak endahkan cabaran yang diberikan,” katanya ketika dihubungi.

Semalam Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat mengesahka­n dua atlet terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita berasal dari negeri Pantai Timur didapati positif doping ketika menyertai SUKMA Perak.

PABM sudah menghantar surat memohon penjelasan kepada atlet terbabit awal minggu ini dengan sesi pendengara­n dalaman dalam tempoh terdekat akan dilakukan.

Dua atlet itu juga diarahkan supaya memulangka­n pingat kepada MSN dengan segera untuk penyelaras­an semula kedudukan penerima pingat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia