Harian Metro

Afifah puas hati KPI capai sasaran

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

Kes terbaru membabitka­n penyalahgu­naan bahan terlarang membabitka­n dua atlet angkat berat yang beraksi pada temasya Sukan Malaysia ke-19 (SUKMA) cukup mengecewak­an Majlis Sukan Negara (MSN).

Biarpun banyak usaha dilakukan antaranya menggugurk­an angkat berat daripada sukan teras, semuanya itu masih belum dapat menyekat atlet daripada menggunaka­n bahan terlarang.

Bagaimanap­un Ketua Pengarah MSN,

Datuk Ah- Kuala Lumpur: Pemain boling wanita negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi berpuas hati apabila dapat memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) diletakkan­nya untuk persembaha­nnya sepanjang tahun ini.

‘Bagi saya tahun ini saya sudah mencapai semua KPI saya apabila memenangi satu emas dan satu perak pada Sukan Asia (di Palembang).

“Untuk tahun ini sasaran semua sudah berjaya diperoleh, namun untuk tahun hadapan masih belum ada perancanga­n terperinci lagi,” katanya.

Pemain yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-27 tahun pada Selasa ini berkata, beliau masih menjalani latihan seperti biasa dengan bakal mengakhiri saingan kempen tahun ini pada The Masters yang akan berlangsun­g di Sunway Megalanes pada awal Disember.

“Dalam boling ini kami tak boleh berhenti rehat, kena teruskan berlatih biarpun tidak banyak kejohanan yang tinggal.

“Bagi saya, saya beri fokus pada Kejohanan Boling Asia (di Kuwait) yang akan berlangsun­g Februari tahun hadapan,” katanya.

Pada temasya di Palembang Ogos lalu, Syaidatul Afifah berjaya menghadiah­kan pingat emas apabila berganding­an dengan Esther Cheah dan Siti Safiyah Amirah dalam acara trio wanita serta satu lagi pingat perak diperoleh menerusi acara berpasukan wanita.

 ??  ?? AFIFAH (kanan) puas hati prestasiny­a sepanjang tahun ini.
AFIFAH (kanan) puas hati prestasiny­a sepanjang tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia