Harian Metro

INSPIRE JULANG TROFI

-

„ Muncul juara kategori Champion Cup Piala Al-Hadaf 2018 selepas benam Super Friend United

Pasukan Inspire dari Negeri Sembilan memperagak­an aksi mantap apabila muncul juara kategori Champion Cup, Kejohanan Piala Al-Hadaf 2018 selepas menewaskan Super Friend United dari Selangor, 3-1 pada perlawanan yang berlangsun­g di padang Sekolah Rendah Islam (SRI) di sini, baru-baru, ini.

Bagi kategori Champion Plate pula, pasukan Raisuri FC dari Kuala Lumpur mengenepik­an Rhino FC dari Pahang, 2-1.

Juara dan naib juara setiap kategori masing-masing membawa pulang trofi, medal dan hamper.

Sebanyak lapan kelab bola sepak akar umbi mengambil bahagian pada kejohanan anjuran SRI itu yang bertujuan mencungkil bakat baharu bola sepak dalam kalangan murid selain menghapusk­an stigma bahawa sekolah agama meminggirk­an aktiviti sukan.

Kelab bola sepak lain yang turut serta ialah Raisuri Warriors (Kuala Lumpur), KBJB FC (Selangor), BTR Hawks FC (Kuala Lumpur) dan Titan HL (Selangor).

Pengarah kejohanan, Mohamed Hakim Mohamed Noor berkata, pihaknya gembira kerana kejohanan julung kali diadakan itu menarik perhatian pasukan dari luar negeri ini sekali gus menyaksika­n persaingan yang sengit.

Menurutnya, kejohanan dijalankan secara liga dengan pasukan yang meraih mata tertinggi layak ke pentas final.

"Walaupun kita tidak menawarkan hadiah tinggi seperti kejohanan bola sepak lain, sambutan dan sokongan pasukan luar berjaya membangkit­kan semangat pemain untuk memberikan persembaha­n cemerlang.”

"Jelas, ramai kalangan murid ini mempunyai bakat dalam bola sepak dan wajar diketengah­kan dengan lebih jauh lagi pada kejohanan lain. Kami akan jadikan kejohanan ini sebagai acara tahunan," katanya.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani merasmikan majlis penutup kejohanan dan menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

 ??  ?? PEMAIN Inspire dan Raisuri FC bergambar selepas dinobatkan juara Kejohanan Piala Al-Hadaf 2018.
PEMAIN Inspire dan Raisuri FC bergambar selepas dinobatkan juara Kejohanan Piala Al-Hadaf 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia