Harian Metro

Genting Highlands gah

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@nstp.com.my

Temerloh: Kesibukan tugas hakiki tidak menghalang warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Zon Dua menganjurk­an pertanding­an futsal di gelanggang futsal Majlis Perbandara­n Temerloh, baru-baru ini.

Penyelaras Pertanding­an, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Arshad Abdullah berkata, sebanyak 11 pasukan balai bomba di kawasan Zon Dua Pahang menyertai kejohanan itu bagi merebut piala Ketua Zon Dua.

Beliau berkata, pertanding­an bermula seawal jam 10 pagi itu dilangsung­kan secara liga dan kalah mati membabitka­n hampir 100 penyertaan pegawai dan anggota bomba dari Zon Dua.

“Objektif pertanding­an ini untuk mengeratka­n silaturahi­m antara warga bomba selain menguji tahap kecergasan masing-masing ketika bersukan.”

“Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Bentong, Karak, Mentakab, Temerloh, Bukit Angin, Jerantut, Triang, Maran, Jengka dan Pejabat Zon Dua mengambil bahagian,” katanya.

Katanya, format pertanding­an secara peringkat kumpulan sebelum dua pasukan terbaik melangkah ke separuh akhir.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands menjadi juara untuk edisi kali ini.

Mohd Arshad berkata, pasukan Balai Bomba Genting Highlands muncul juara dengan menewaskan Balai Bomba Karak menerusi sepakan penalti 3-1.

Beliau berkata, pertanding­an ini juga menjadi platform terbaik untuk pegawai dan anggota bomba mencungkil bakat masing-masing sebelum diketengah­kan ke peringkat negeri.

(gambar)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia