Harian Metro

MAMPUKAH RED DEVILS HALANG CHELSEA?

-

London

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, akan kembali ke bekas kelabnya hari ini untuk menyekat kemaraan Chelsea yang kini semakin garang di bawah bimbingan Maurizio Sarri.

United bertandang ke Stamford Bridge dengan perbezaan tujuh mata di belakang Chelsea, yang sudah mengumpul 20 mata untuk berada di kelompok tiga teratas Liga Perdana, bersama Manchester City dan Liverpool.

Dua minggu lalu, United bangkit selepas ketinggala­n 2-0 kepada Newcastle di laman sendiri sebelum menang 3-2, - sekaligus menyelamat­kan nasib pengendali dari Portugal ini yang mungkin akan dipecat.

Musim Mourinho dirosakkan ‘perang dingin’ dengan tonggak utama serta pendekatan­nya yang ditolak kerana tidak menyerap taktikal menyerang seperti diharapkan peminat ketika era kegemilang­an Alex Ferguson, selama 27 tahun.

Sejak Ferguson bersara pada 2013, United mungkin menyesal kerana melepaskan peluang untuk mendapat khidmat bekas pemain Itali, Sarri pada jendela perpindaha­n musim panas lalu.

Gaya permainan diterapkan Sarri tidak banyak berbeza, namun pengendali dari Itali yang sentiasa mengingatk­an pemainnya supaya sentiasa tenang dan senyum ketika beraksi kini menjadi tarikan utama peminat Chelsea.

“Ada detiknya kita perlu ketepikan rasa kecewa selepas mempamerka­n aksi luar biasa. Walaupun menguasai perlawanan sehingga lima minit terakhir atau masa tambahan,” kata Sarri kepada akhbar Itali, Corriere dello Sport ketika Chelsea seri 1-1 berdepan skuad bimbingan Jurgen Klopp, Liverpool, bulan lalu.

“Itulah reaksi luar biasa yang cuba ditunjukka­n sekarang. Bayangkan, 10 minit sebelum itu, saya lihat Klopp memandang saya. Jadi saya tanya ‘Kenapa kamu tersenyum? Dia menjawab: Adakah kamu sedang bergembira?

“Saya berkata: ‘Ya’ dan dia

„ Mourinho perlu strategi ampuh sekat magis Sarri

 ??  ?? HAZARD (kiri) selesa beraksi di bawah kendalian Sarri.
HAZARD (kiri) selesa beraksi di bawah kendalian Sarri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia