Harian Metro

Spurs lega Dembele, Eriksen cergas

-

London: Mauricio Pochettino menjangkak­an Tottenham akan mempamerka­n aksi cemerlang walaupun dibelenggu masalah kecederaan apabila bertandang ke West Ham untuk pertemuan tetangga London hari ini.

Skuad kendalian Pochettino kembali mengharung­i aksi Liga Perdana Inggeris selepas rehat antarabang­sa dengan berita kecederaan beberapa tonggak utamanya.

Arkitek Denmark Christian Eriksen dan perancang Belgium Mousa Dembele kedua-duanya kembali cergas selepas pulih daripada kecederaan abdomen dan paha.

Namun Pochettino masih belum dapat menggunaka­n khidmat gandingan England Dele Alli dan Danny Rose untuk sekurang-kurangnya 10 hari lagi, manakala Jan Vertonghen perlu berehat lebih lama akibat kecederaan hamstring.

Walaupun dibelenggu masalah kecergasan skuad, Tottenham bertandang ke stadium London dengan prestasi membanggak­an selepas memenangi tiga perlawanan terakhir liga, bagaimanap­un tewask kepada Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara.

Dengan jadual padat menanti pada minggu-minggu selepas ini, Pochettino sedar skuadnya perlu dimanfaatk­an sepenuhnya, tetapi dia yakin mereka mampu menanganin­ya.

“Ia waktu yang baik bagi kami kerana kami akan mendapat semula khidmat beberapa pemain antaranya Christian dan Mousa Dembele,” kata Pochettino.

“Perkara paling penting ialah pemain-pemain mula pulih. Ia akan menjadi bulan pertanding­an yang sukar buat kami.

“Banyak perlawanan menanti dan penting untuk bersedia dengan skuad lengkap dan mempunyai pilihan menggilirk­an pemain.

“Ada tujuh perlawanan dalam sebulan, empat minggu, dan penting untuk semua pemain cergas serta memberikan prestasi yang kami harapkan.”

Tottenham kini menghuni tangga kelima liga, tetapi hanya dua mata di belakang pendahulu Manchester City yang akan bertandang ke Wembley bertemu anak buah Pochettino akhir bulan ini. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia