Harian Metro

STERLING KE REAL?

- AFP

„ Hala tuju pemain muda England jadi tanda tanya selepas

kontrak bersama City tamat pada akhir musim depan

Raheem Sterling akan kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris untuk membantu Manchester City menentang Burnley, hari ini selepas menamatkan kemarau gol di pentas antarabang­sa dengan penuh bergaya.

Bagaimanap­un, apa yang lebih menarik perhatian bagaimana City mahu menawarkan pakej terbaik untuk mengikat pemain berusia 23 tahun ini dengan kontrak jangka panjang, bagi memastikan dia terus kekal di Etihad.

Penyerang City itu meledak dua gol ketika membantu England mencipta kejutan menumbangk­an Sepanyol 3-2 dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah di Seville, Isnin lalu.

Perkembang­an itu menyaksika­n pengendali City, Pep Guardiola sukar memberi jaminan Sterling akan kekal selepas timbul spekulasi dia akan berpindah ke Real Madrid.

Kontrak Sterling bersama City bakal tamat pada akhir musim depan dan setakat ini, tiada kata sepakat dicapai mengenai perjanjian baharu antara juara Liga Perdana dan pemain berkenaan.

Nilai kontrak Sterling sepatutnya meningkat selepas City membayar hampir 50 juta pound (RM270.9 juta) kepada Liverpool untuk mendapatka­n khidmatnya tiga tahun lalu, namun ia akan semakin berkuranga­n setiap minggu selepas dia semakin hampir menjadi ejen bebas pada 2020.

Sebelum menjaringk­an gol untuk membantu skuad muda Gareth Southgate minggu ini, kali terakhir Sterling meledak gol antarabang­sa ialah pada Oktober 2015, sekali gus mengundang kritikan peminat England mengenai keupayaann­ya di depan gol.

Namun, City pantas mempertaha­nkan pemain itu yang berjaya menjaringk­an 22 gol dalam 40 penampilan­nya dalam perlawanan Liga Perdana.

Jika ditanya kepada kelab peminat mengenai sifat peribadi Sterling, mereka akan bercakap mengenai kerja amal yang dilakukann­ya selepas dia dilihat menghulurk­an sumbangan membantu mangsa kebakaran Menara Grenfell Tower, tahun lalu.

Namun, penyokong akur Sterling memang menyimpan cita-cita untuk beraksi bersama Real Madrid, kelab yang dianggap paling sesuai untuknya.

 ??  ?? STERLING (kiri) bantu England ledak dua gol.
GUARDIOLA
STERLING (kiri) bantu England ledak dua gol. GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia