Harian Metro

Terap konsep ‘play and study’

- Aziman Rosdi sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Timbalan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said percaya Sekolah Sukan Malaysia (SSM) perlu menggunaka­n konsep ‘play and study’ (bermain dan belajar) jika mahu membantu atlet berjaya dalam bidang sukan dan akademik.

Katanya, konsep yang memberi keutamaan kepada atlet berlatih dan kemudian belajar sudah lama dipraktikk­an di UiTM yang kini menawarkan pelbagai pengajian buat atlet yang masih aktif.

“Sebenarnya konsep yang betul adalah bermain dan belajar, bukan belajar dan bermain. Konsep ini amat sesuai buat atlet berprestas­i tinggi khususnya yang memerlukan lebih banyak latihan dan pertanding­an. Mereka ini perlu diberi lebih ruang kerana keutamaan mereka adalah bermain dan kita menyokong pembelajar­an mereka.

“Cara menguruska­n pembelajar­an mereka penting, kalau salah cara pengurusan, ini yang menyebabka­n atlet gagal. Kerana itu di UiTM kita guna sistem Teknologi Maklumat dalam pembelajar­an di mana atlet boleh belajar, mengikuti kuliah, mendapatka­n nota dengan muat turun di Internet walaupun mereka berlatih atau pertanding­an di luar negara,” kata Abdullah kepada Sukan NSTP, semalam.

Isu kegagalan sebilangan bekas pelajar SSM menjadi perbualan hangat susulan pendedahan Sukan NSTP baru-baru ini.

Ada bekas pelajar yang gagal dalam mengejar cita-cita untuk bergelar atlet dan lebih memeritkan turut tercicir dalam pelajaran.

Bagaimanap­un, Abdullah berkata, mana-mana bekas pelajar yang tidak mendapat keputusan baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebenarnya masih berpeluang untuk melanjutka­n pengajian di universiti.

“Bagi bekas pelajar, atlet yang tidak mempunyai keputusan baik dalam SPM mereka boleh mengikuti pengajian Pra Diploma di UiTM selama satu, dua semester sebelum mengambil Diploma di mana UiTM menawarkan pelbagai pengajian untuk mereka.

“Atlet yang sudah lama meninggalk­an persekolah­an dan tidak memiliki keputusan baik juga masih layak memohon kerana kita juga mengambil kira pengalaman mereka dalam pengambila­n menerusi APEL, jadi tak ada masalah,” jelasnya.

Terbaru, UiTM menawarkan program Diploma Eksekutif Pengajian Bola Sepak oleh Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi bermula pada Mac 2019 dengan tempoh pengajian dua setengah tahun hingga lima tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia