Harian Metro

Tchetche tuntut rakan fokus hadapi JDT

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: “Turun beraksi seperti perlawanan akhir selain perlu berkorban,” itu pesanan kapten Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche kepada rakan sepasukann­ya menjelang separuh akhir kedua Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT), malam ini.

Bekas pemain kelab Al-Suwaiq dalam Liga Oman berusia 30 tahun itu turut menuntut rakan sepasukann­ya melupakan seketika sebarang masalah sekiranya ada, sebaliknya perlu fokus 100 peratus demi skuad Penyu dalam misi mara ke final kali ini.

“Tempoh rehat selama dua minggu selepas separuh akhir pertama sudah digunakan sebaik mungkin oleh kami dalam sesi latihan sebagai persediaan sebelum turun di Larkin.

“Kami sedar berdepan tugas getir, tapi peluang untuk menundukka­n juara Piala Malaysia musim lalu itu terbuka luas biarpun beraksi di tempat mereka, cuma kami perlu mencari jalan bagaimana cara untuk mematikan langkah skuad itu daripada bergerak bebas.

“Kami harap kelebihan 1-0 pada aksi pertama dua minggu

(gambar)

lalu mampu dipertahan­kan malam esok, selain mengajak peminat setia datang beramai-ramai memberi sokongan walaupun jauh,” kata pemain dari Ivory Coast itu.

Ketika ditanya mengenai rekod cemerlang tanpa kalah di tempat lawan dalam saingan Piala Malaysia musim ini, penjaring kedua terbanyak Liga Super itu tidak mahu rekod menjadi ukuran, sebaliknya aksi cemerlang 90 minit menjadi penentu kejayaan pasukan.

“Kami perlu menang atau seri malam esok (malam ini) untuk layak ke final. Kami perlu yakin dan tahu kekuatan dan peranan masing-masing, kami juga mencari jaringan awal bagi memberi tekanan kepada lawan,” kata Tchetche.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia