Harian Metro

FAM wajar teruskan pengurusan, pentadbira­n bola sepak

-

bersambung dengan soal pembanguna­n bola sepak di Malaysia di mana kita sudah dapat melihat atau mendengar tentang inisiatif swasta.

Berbanding pembanguna­n bola sepak yang dijalankan Kementeria­n Pendidikan Malaysia dan Kementeria­n Belia dan Sukan melalui NFDP, inisiatif swasta pula menjadi satu bisnes.

Kita tidak boleh menafikan peranan individu atau syarikat menjalanka­n pembanguna­n bola sepak. Inisiatif pembanguna­n bola sepak swasta sekian lama sudah bermula di Malaysia. Kita dapat melihat bagaimana individu dan kelab bola sepak antarabang­sa menggunaka­n jenama mereka untuk mengaut keuntungan tanpa merealisas­ikan impian pelatih mereka.

Salah satu jenama individu antara terawal yang mengadakan inisiatif pembanguna­n bola sepak adalah Ken Barnes Soccer Skills yang juga disebut Ken Barnes Soccer Academy. Di sekitar tahun 2000, inisiatif swasta ini sudah bermula dengan mengatur program bola sepak.

Jenama Ken Barnes yang merupakan pemain bola sepak dari England mewakili kelab Manchester City ini harus dipuji kerana niat Ken Barnes Soccer Academy adalah baik. Akan tetapi, selepas berbelas tahun, tiada hasil dari usaha ini yang menonjol sehingga ke peringkat antarabang­sa.

Maka diikuti pula dengan Arsenal Soccer Schools Malaysia yang bermula pembanguna­n ala Kelab Bolasepak Arsenal sekitar 2005. Sehingga kini kita tidak melihat hasil Arsenal Soccer Schools Malaysia menyarung jersi Kelab Bolasepak Arsenal ataupun jersi kebangsaan Malaysia.

Ada pula pukulan gendang apabila gaya samba tiba di tanah tumpah darahku sekitar 2004 apabila Brazil Football Centre ditubuhkan di Malaysia. Satu perancanga­n pembanguna­n bola sepak yang dikatakan akan menggegark­an bola sepak Malaysia sekali lagi tidak kelihatan bukti pengorbana­n ibu bapa yang ikhlas menyumbang masa dan duit.

Kelab bola sepak di antara terkenal di dunia pula bermula program latihan bermusim di Malaysia pada tahun 2008. Di antara modul yang disediakan adalah “menjaringk­an gol ala Manchester United”.

Dengan gelaran Manchester United Soccer Schools atau MUSS, kepakaran dari Old Trafford pula gagal menonjolka­n bakat di Malaysia.

Pada 2015, pasukan Borussia Dortmund menghantar tiga jurulatih pembanguna­n ke Malaysia tetapi mereka hanya membawa jenama kelab Jerman itu.

Mereka datang dengan tangan kosong tanpa rahsia kejayaan melahirkan bakat akar umbi atau remaja.

Dijangkaka­n, modul latihan serta corak pembanguna­n fizikal peringkat umur akan mencetus pembanguna­n bola sepak tetapi sekali lagi, Malaysia tertipu.

Kini, kita sedia tahu ada beratus inisiatif pembanguna­n bola sepak tempatan juga tetapi bola sepak di Malaysia semakin mundur dalam sepuluh tahun yang sudah.

Kita mengakhiri dengan cadangan supaya kerajaan pusat membentuk satu “Think Tank” terdiri daripada pakar dari semua aspek bola sepak.

Bermula daripada aspek pemakanan hingga ke taktikal asas untuk umur 7 tahun hingga 17 belas tahun, setiap pakar aspek tertentu akan menyediaka­n jadual dari Isnin hingga Sabtu.

Pakar pemakanan akan menyediaka­n menu sarapan pagi, makan tengah hari serta makan malam bagi setiap kategori umur.

Menu yang menyediaka­n pemakanan tempatan kerana kita bukannya beraksi di Sukan Olimpik 1972 kerana hidangan spaghetti.

Setiap hidangan datangnya dengan sukatan sehingga ke setiap gram umur bagi setiap kategori umur.

Kita memberi peluang untuk menjadikan Ahad sebagai “cheat day”, suka hatilah makan apa sahaja yang diingini.

Pakar bola sepak pula menyediaka­n modul latihan mingguan, contohnya jadual Isnin lebih mementingk­an aspek fizikal. Jadual harian datangnya dengan corak latihan, baik memanaskan badan sehingga ke ‘small sided games’.

Pendek kata, kita mencipta satu kitab bola sepak yang memberi segala maklumat yang perlu sehingga setiap ibu bapa boleh membeli kitab bola sepak ini untuk menjadikan garis panduan.

Setiap jurulatih pembanguna­n boleh menggunaka­n kitab bola sepak ini untuk menyelaras­kan latihan yang sempurna di seluruh negara.

Di dalam inisiatif ini, pihak FAM tidak perlu memainkan peranan malah meneruskan dengan pengurusan serta pentadbira­n bola sepak. Lagipun, setiap Pengarah Teknikal yang dilantik oleh FAM hanya menyediaka­n “road map”.

“Road map” hanya sekadar perjalanan sesuatu program tetapi apa yang kita perlu adalah “isi kandungan” silibus bola sepak serta nutritisi.

Hanya dengan adanya initiatif “think tank” oleh kerajaan pusat sahaja bola sepak boleh maju di negara ini.

1Bola 1Corak atau 1Ball 1Method agak sedap bunyinya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia