Harian Metro

Lebur RM105,000 bayar ‘GST’

-

Cemas apabila didakwa tidak membayar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) selain terbabit aktiviti pengubahan wang haram menyebabka­n seorang wanita berputih mata selepas kerugian RM105,000 akibat ditipu sindiket Macau Scam.

Kejadian bermula apabila pegawai kesihatan berusia 45 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang individu mendakwa dari Mahkamah Pulau Pinang, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Superinten­dan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, suspek mendakwa mangsa mempunyai rekod gagal menyelesai­kan bayaran

GST sebanyak RM51,000.

Katanya, suspek mendakwa mangsa didakwa jika gagal melunaskan bayaran dalam tempoh diberikan.

“Cemas dengan dakwaan itu menyebabka­n mangsa cuba berunding bagi menyelesai­kan ‘dakwaan’ yang dikenakan terhadapny­a.

“Melihat mangsa mempercaya­i dakwaan itu, suspek kemudian menyambung­kan panggilan kepada Sarjan Herry yang kononnya bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang untuk ‘rundingan’,” katanya, di sini, semalam.

Mustafa Kamal berkata, ‘Sarjan Herry’ kemudian mengarahka­n mangsa memindahka­n wang RM85,000 ke dalam akaun seorang lelaki.

Katanya, suspek sekali lagi meminta mangsa memindahka­n wang berjumlah RM20,000 ke dalam akaun seorang lelaki lain, Rabu lalu.

“Mangsa menuruti semua arahan suspek dan memindahka­n wang keseluruha­n berjumlah RM105,000.

“Namun, suspek kemudian tidak dapat dihubungi menyebabka­n mangsa menyedari ditipu sebelum membuat laporan polis kelmarin (Rabu lalu) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, polis kini giat mengesan suspek dan pemilik akaun terbabit manakala kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

 ??  ?? MUSTAFA Kamal
MUSTAFA Kamal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia