Harian Metro

TRAGEDI DIRANCANG

Lelaki panik selepas melihat ahli keluarga lompat sungai

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Misteri kematian tiga beranak yang ditemui lemas di Sungai Arau kelmarin, hampir terjawab apabila mangsa

dipercayai bertindak meminum racun sebelum terjun ke sungai berpunca akibat bebanan hutang.

Perkara itu didedahkan anak lelaki mangsa berusia 37 tahun kepada pihak polis selepas dia ditahan kelmarin di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd, berkata penahanan lelaki itu dilakukan di sebuah restoran di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, kira-kira jam 10 malam selepas polis mendapat maklumat awam.

Katanya, berdasarka­n keterangan lelaki terbabit, mereka sekeluarga menaiki kereta api dari Sungai Petani ke Arau pada pagi Selasa lalu, sebelum bertindak meminum racun dan terjun ke Sungai Arau.

“Bagaimanap­un lelaki itu berubah fikiran selepas melihat ibu, bapa dan adiknya terjun ke sungai berkenaan sejurus meminum racun.

“Akibat terlalu takut dia mengambil keputusan balik ke Sungai Petani menaiki keretapi pada Rabu pagi sebelum dikesan orang ramai malam tadi,” katanya semalam.

Noor Mushar berkata, berikutan itu lelaki terbabit direman bermula semalam hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan berhubung kematian keluarga berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh diri dan Seksyen 35(e) Akta Pendaftara­n Kelahiran dan Kematian 1957 kerana menyembuny­ikan kematian,” katanya.

Semalam media melaporkan penemuan mayat tiga beranak, Baharom Ahmad, 66, Norma Pin, 64, dan Norzalina Baharom, 35, di dalam sungai di dua lokasi berlainan di Arau.

Tiga beranak berkenaan kali terakhir dilihat saudara mereka sedang berjalan kaki di tepi sungai berkenaan kira-kira tiga kilometer dari rumah saudara mereka sebelum dilaporkan hilang.

Lelaki itu berubah fikiran selepas melihat ibu, bapa dan adiknya

terjun sungai sejurus meminum

racun

Noor Mushar

 ??  ??
 ??  ?? LELAKI yang juga anak keluarga mangsa yang ditahan polis untuk membantu siasatan.
LELAKI yang juga anak keluarga mangsa yang ditahan polis untuk membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia