Harian Metro

Terima PhD wakil arwah suami PhD KOTAK PENSEL

- Suraya Roslan cnews@nstp.com.my

Ibu empat anak simpan duit setiap bulan untuk biayai pengajian ijazah kedoktoran

Walaupun suami tercinta pergi mengadap Ilahi dua tahun lalu, namun wanita ini tetap menggagahk­an diri mengambil ijazah doktor falsafah (PhD) milik suaminya dalam Istiadat Konvokesye­n ke-58 Universiti Malaya, semalam.

Arwah suaminya Zainal Abidin

Yahaya,

63, dikurniaka­n penganuger­ahan menerusi sistem Aegrotat yang membolehka­n ia diberikan kepada wakil graduan yang sudah meninggal dunia.

Isterinya, Salmah Mohamed Nor, 62, berkata, arwah suaminya meninggal dunia dua tahun lalu akibat kencing manis dan sempat menyiapkan penulisan akademik.

“Sebaik diberitahu penyelia arwah suami, saya meminta dua anak mengumpulk­an semua penulisan akademik suami untuk diserahkan kepada penyelia.

“Alhamdulil­lah, arwah suami akhirnya mendapat ijazah doktor falsafah Akademi Pengajian Islam.

Kuala Lumpur

THari ini adalah hari yang dinantikan arwah untuk mendapat PhD yang menjadi impiannya,” katanya.

Katanya, arwah suaminya yang juga penceramah memang kuat semangat dan tidak pernah berputus asa dalam pelajaran.

Menurutnya, dia berharap kegigihan arwah suaminya untuk memperoleh gelaran ‘doktor’ menjadi contoh dan perangsang buat ahli keluarga terutama empat anak mereka.

iada yang dapat menghalang impian wanita ini mendapatka­n segulung ijazah doktor falsafah (PhD) sebelum usia 45 tahun apabila menabung setiap hari dalam kotak pensel bagi membayar yuran.

Kecekalan Norhayati Ramlan, 44, akhirnya berbaloi apabila dia antara 5,279 graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam Istiadat Konvokesye­n ke-58 Universiti Malaya (UM) bermula semalam hingga Selasa ini.

Ibu kepada empat anak daripada Fakulti Pendidikan itu berkata, dia mengumpul wang untuk membayar yuran dalam tempoh lebih lima bulan berjumlah RM6,000.

“Selepas menamatkan ijazah sarjana, saya nekad mahu mendapatka­n PhD dan memperbaik­i gred lebih baik.

“Saya mempunyai keazaman untuk mendapat PhD sebelum usia 45 tahun dan simpan wang dalam kotak pensel.

Setiap hari saya masukkan wang tidak kira jumlahnya, jika saya ada syiling saya masukkan juga walaupun jumlahnya kecil,” katanya ketika ditemui selepas istiadat berkenaan, semalam.

Beliau yang bekerja di Unit Sains dan Matematik Pejabat Pendidikan

Sementara itu, usia 81 tahun tidak menghalang graduan ini mendapatka­n ijazah doktor falsafah dalam bidang pendidikan.

Bagi S M Susila, impiannya mahu mendapatka­n gelaran doktor tercapai walaupun berusia 81 tahun.

“Usia hanya pada angka, jika otak kita masih boleh berfungsi kenapa nak bersara awal, bersara apabila kita sudah mati saja.

“Begitu juga dalam melanjutka­n pelajaran, perlu ada keyakinan dan keazaman tinggi untuk menamatkan pengajian dan menghadapi semua rintangan untuk berjaya,” katanya. Daerah Klang berkata, sebaik wang berkenaan mencukupi dia segera berjumpa bakal penyeliany­a, Dr Zuraidah Abdullah dan mahu mendaftar dengan membawa wang dalam kotak pensel.

“Saya tidak tahu ketika itu perlu mendaftar menerusi dalam talian, Dr Zuraidah sangat terharu dan memeluk saya ketika itu apabila melihat kotak pensel berisi wang pendaftara­n.

“Saya pernah dan seakan mahu berputus asa untuk meneruskan pengajian selepas kematian ibu, namun Dr Zuraidah yang banyak mendorong saya untuk menamatkan pengajian walaupun dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Sementara itu, Dr Zuraidah berkata, sebagai penyelia bukan saja perlu membimbing anak buah dalam akademi tetapi motivasi berterusan supaya mereka berjaya.

“Sebaik melihat wang dalam kotak pensel Norhayati, saya sebak dan terus memeluk dia kerana kegigihann­ya untuk belajar. Saya kemudian meminta dia mendaftar dalam talian dan membayar di kaunter,” katanya.

Sementara itu, penerima Anugerah Pelajaran Diraja Izzudin Aman Shah, 23, mengucapka­n syukur selepas hasil titik peluhnya akhirnya berbaloi dengan pengiktira­fan itu.

Apa yang mendorong anak peneroka FELDA Palong, Negeri Sembilan mendapat lima kali Anugerah Dekan di Fakulti Kejurutera­an adalah rakan yang banyak membantuny­a dalam pelajaran.

“Persekitar­an saya dipenuhi dengan rakan yang berkeboleh­an dalam akademik, jika saya tidak faham sesetengah soalan, mereka rujukan utama saya selain buku.

“Selain itu pengurusan masa sangat penting walaupun saya juga banyak aktiviti luar kelas,” katanya.

 ??  ?? SALMAH IZZUDIN bersama ibunya, Noraini Abdul Latib pada Istiadat Konvokesye­n ke-58 Universiti Malaya.
NOR HAYAT I
SALMAH IZZUDIN bersama ibunya, Noraini Abdul Latib pada Istiadat Konvokesye­n ke-58 Universiti Malaya. NOR HAYAT I

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia