Harian Metro

KTM perkenal barisan model off-road 2019

-

motocross, model terkini KTM SX-F ini juga boleh digunakan untuk tujuan sukan lasak dengan enjin empat lejang baharu dan sentuhan reka bentuk moden.

Varian 250 SX-F dilengkapi klac Diaphragm keluli dibangunka­n khusus untuk tunggangan off-road dengan ketahanan dan kelancaran pada pelbagai permukaan laluan.

Ia juga didatangka­n bersama Sistem Pengurusan Enjin (EMS) Keihin baharu dengan pendikit 44 milimeter (mm) yang menyalurka­n bahan api kepada penyuntik bahan bakar untuk penghantar­an kuasa lebih responsif.

KTM juga membangunk­an kerangka baharu dengan tiub keluli Molybdenum Hydroforme­dchromium yang dipateri robot bagi ketepatan binaan.

Ia juga ditala khas bertujuan memperting­katkan kestabilan dan pengendali­an serta keselesaan pada kelajuan tinggi dengan sub-kerangka 40mm lebih panjang.

Ketika sesi penerangan di ibu pejabat KTM Malaysia, Jurulatih Teknikal KTM Malaysia, Mohd Khairul Azhar berkata, fork model ini juga ditambah baik dengan larasan redaman baru dengan tiga pengapit baru daripada CNC.

“Ia diperbuat aluminium berkualiti tinggi yang ditala secara optimum bagi kendalian lebih kukuh pada stem dan fleksibel dengan penjajaran tepat,” katanya.

Selain ciri karakter baru, model SX 2019 dibangunka­n dengan sistem sejukan enjin Dinamik Cecair Berkompute­r (CFD), pelindung radiator dan pelana baharu.

KTM Malaysia juga memperkena­lkan model segmen Enduro dengan model 250 EXC TPI dan 300 EXC TPI dengan Pemindahan Pangkalan Induksi (TPI ) untuk suntikan bahan api lebih efisien, berkuasa serta mengurangk­an pelepasan asap.

Model 450 EXC-F pula hadir dengan suntikan bahan api dan aci sesondol atas tunggal, menjadikan­nya enjin paling kompak untuk kelas 450/500cc tetapi dengan daya kilas terbaik.

Rangkaian KTM enduro 2019 pula dipasangka­n suspensi WP boleh laras sepenuhnya, sama ada untuk tunggangan biasa atau perlumbaan.

Untuk Kawalan Cengkaman Pilihan pada rangkaian EXC-F bagi model Six Days dan semua model Enduro KTM, ia boleh diaktifkan ketika bergerak.

 ??  ?? KTM 250 SX-F
PANEL meter analog dan LCD.
KTM 250 SX-F PANEL meter analog dan LCD.
 ??  ?? KTM 300 EXC TPI
KTM 300 EXC TPI
 ??  ?? KTM 450 EXC-F Six Days
KTM 450 EXC-F Six Days

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia