Harian Metro

Makan hingga kenyang terlupa sedang puasa ganti

-

Bagaimana jika seorang melaksanak­an puasa ganti, namun pada hari berkenaan dia terlupa? Ketika makan tengah hari, dia makan sehingga kenyang. Disebabkan sudah berbuka (makan), dia membatalka­n niat untuk berpuasa dan bercadang menggantik­an puasa itu pada hari lain.

Abdul Quddus, Balakong, Selangor

Menjadi kewajipan seseorang yang meninggalk­an puasa menggantik­annya pada hari lain. Firman Allah

SWT yang bermaksud: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah dia berbuka) kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan, maka ia suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 184)

Puasa ganti hendaklah mengikut kaedah puasa wajib. Dimaafkan jika termakan walaupun sehingga kenyang.

Imam As-Syafie menyatakan, sesiapa masuk (memulakan) puasa wajib Ramadan, qada, puasa nazar atau puasa kafarah atau solat fardu pada waktunya, solat qada atau solat nazar, maka dia tidak boleh keluar (membatalka­n) daripada puasa atau solat (berkenaan) selagi mana dia mampu untuk berpuasa dan solat dalam keadaan suci.

Jika dia keluar (membatalka­n) salah satu darinya tanpa keuzuran dengan sengaja, maka menurut kami dia dikira sebagai bersalah dan berdosa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia