Harian Metro

Bayar RM500 bongkar rahsia putu mayam lembut

-

ini pada 1998 lalu bertanyaka­n rahsia penghasila­n kelembutan dan keenakan adunannya.

“Lelaki itu meminta saya ke premis rumah kedai bertemu ibunya di Bandar IOI di sini,” katanya ketika ditemui di gerainya di Kampung Bukit Lintang di sini.

Siti Hanizah berkata, pada petang hari sama dia tiba di kediaman ibu peniaga itu dan diminta wanita terbabit memenuhi dua syarat iaitu kos pembelajar­an RM500 dan hanya dengan melihat selama 10 minit selain mengemukak­an satu pertanyaan saja dari awal pemprosesa­n sehingga penghasila­n putu mayam.

Katanya, dia terkejut melihat pelbagai mesin pengukusan putu mayam bersaiz besar serta puluhan kilogram tepung beras, gula merah dan kelapa parut.

“Tambah mengejutka­n ialah kejayaan perniagaan keluarga mereka yang mempunyai cawangan di Singapura, Kuala Lumpur dan Pulai Pinang sedangkan anak lelakinya hanya menggunaka­n basikal untuk memasarkan putu mayam di sini,” katanya.

Menurutnya, dia memikirkan satu soalan saja lalu bertanyaka­n bagaimana putu mayamnya lembut, tidak mudah basi serta enak.

“Wanita itu memberikan jawapan iaitu penggunaan air biasa bukannya air panas atau suam ketika menguli tepung beras iaitu bahan utama pembuatan putu mayam,” katanya.

Siti Hanizah berkata, sejak itu putu mayamnya mendapat sambutan dan dengan bantuan dua pekerja wanita, dia kini mampu menjual ratusan keping putu mayam setiap hari dengan harga RM5 bagi setiap bungkusan mengandung­i 12 keping putu mayam selain menerima tempahan daripada pelbagai kaum untuk majlis tahlil, perkahwina­n serta hari jadi.

“Gerai saya dibuka mulai jam 10.30 pagi dan saya mampu meraih pendapatan bersih sehingga RM5,000 setiap bulan,” katanya.

 ??  ?? SITI Hanizah menghasilk­am putu mayam di gerainya.
SITI Hanizah menghasilk­am putu mayam di gerainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia