Harian Metro

Hamilton hampiri gelaran kelima

-

Austin: Lewis Hamilton menerima bantuan dalam misinya memburu gelaran dunia kelima Formula Satu (F1), pada Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS), selepas pencabar utamanya, Sebastian Vettel dikenakan penalti tiga petak untuk perlumbaan hari ini.

Hamilton merakam masa terpantas untuk Mercedes pada sesi ujian bebas kedua di Litar America, semalam.

Pemandu Britain itu yang kelihatan tenang untuk menyertai Michael Schumacher

(gambar)

dan Juan-Manuel Fangio sebagai juara dunia sebanyak lima kali, mencatat masa 1 minit 48.716 saat.

Catatan itu menyaksika­n Hamilton mendominas­i sepenuhnya ujian bebas selepas dia turut mencatat masa terpantas pada sesi pertama.

Dia hanya perlu mengatasi Vettel dari Ferrari dengan kelebihan lapan mata bagi mengesahka­n kejuaraan dunia musim 2018 menjadi miliknya.

Vettel yang bergelut dengan prestasiny­a dalam cuaca hujan dikenakan penalti kerana memandu dengan laju ketika bendera merah dikibarkan pada sesi ujian pertama.

“Saya fikir saya nampak bendera merah, saya perlahan, melihat sekeliling kalau ada kereta melanggar dinding,” kata Vettel.

“Pada pendapat saya, ini bukan perkara yang betul kerana jika ada kereta di belakang anda, ia mungkin akan memintas anda, tetapi lebih penting lagi anda tidak mendapat penalti.” – AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia